Blog baru

Sekian lama, ingin sekali keluar dari kepompong blog friendster yang terhad ini...
Maka, lawatlah blog saya yang terbaru.

http://aliasyraf.wordpress.com/

Untitled4

                            

Blog Kelab Orator UM

Agak lama tidak membuat entri dalam blog ini lantaran menumpukan perhatian sepenuhnya pada blog Kelab Orator Universiti Malaya. Entah bila saya akan mempunyai blog sendiri di luar kepompong blog Friendster ini pun saya tidak tahu.

Apa-apapun, lawatlah blog Kelab Orator Universiti Malaya.

Blog

Debat Perpaduan : The moral of the story...

Setelah tamat edisi Debat Diraja 2007, terus memulakan latihan untuk Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2007 yang diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan.

Unity Saya berpeluang mengemudi pasukan, diletakkan bersama-sama orang pendebat muda iaitu Mohd Shahid (asasi), Shen Yee Aun (tahun 1) dan Luqman Hakim (tahun 1). Terima kasih kepada konsultan terhormat UM, En Azizul Hakim atas kepercayaan mengemudi pasukan muda yang saya kira jarang dilakukan oleh mana-mana pendebat tahun ke-4 seperti saya.

Atas kepercayaan tersebut, harapan saya cukup besar; menjengah ke pentas final. Namun, saya harus akur dengan takdir dan kesilapan diri sendiri kerana gagal ke pentas perdana, sekadar menamatkan perjuangan di pusingan separuh akhir.

Pengajaran paling berharga yang saya peroleh ialah sesungguhnya usaha sesama ahli (teamwork) adalah asas kepada kejayaan sesuatu pasukan. Pasukan perlu seimbang, ada sefahaman dan elakkan permasalahan.

Teguran untuk mana-mana pendebat, baik UM mahupun universiti lain, setiap kemenangan perlu dilihat sebagai kejayaan bersama, walaupun anda acapkali diiktiraf sebagai pendebat terbaik perlawanan. Kekalahan pula dinilai sebagai kesilapan bersama yang harus dimuhasabah agar pengajarannya dapat dicontohi oleh orang lain. Ingat! Orang yang pandai ialah orang yang belajar daripada kesilapan, dan orang yang bijak pandai ialah orang yang belajar daripada kesilapan orang lain.

Juga buat adik-adik juniorku yang baru menapak di arena perdebatan, ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Sesungguhnya, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Sekalung tahniah buat kalian atas usaha bersama kita, meletakkan pasukan kita di tangga teratas liga, membawa pasukan ke separuh akhir dan meletakkan diri sebaris dengan pendebat lebih berpengalaman merupakan kejayaan buat kalian.

Buat pendebat muda IPT (terutamanya UM), banyakkan belajar dari pengalaman. Jangan takut untuk kalah, jangan ghairah untuk menang, kerana kekalahan menguatkan dan kemenangan bisa melemahkan. Allah itu Maha Adil. Rezekinya luas dan berpadanan dengan usaha kita, InsyaAllah.

Buat yang bertanggungjawab, pikul dan galas amanah anda sebaik mungkin. Jangan dibuat sambil lewa, pabila gagal menuding jari dan melepaskan diri. Ingat bahawa segala amanah yang anda pikul akan dipersoal kelak, baik oleh Tuhan mahupun sesama manusia.

Buat rakan, kawan, juga sahabat, kelmarin yang luput manjadi kenangan, semalam yang hilang menjadi suatu memori dan pengalaman, yang ada cuma hari ini, kerana esok belum pasti milik kita, sedangkan satu minit berlalu akan pergi buat selamanya. Perjuangan bersamamu akan terpahat seumur hidup, biar perit jerih dan manisnya bercambur-baur, kerana itulah yang menjadi rencah kehidupan.

Buat kesemuanya, marilah sama-sama kita memupuk semangat perdebatan yang tinggi. Buangkan sengketa, elakkan hasad, semaikan persaingan sihat dan kerjasama antara satu dengan lain harus dipertingkat, demi memastikan arena perdebatan IPT terus gemilang.

Definisikanlah kesilapan sebagai pengalaman, ia akan mengajar kita...

Debat Diraja 2007

Sudah setahun sejak post saya yang lepas mengenai Debat Diraja 2006.

Kini, Pertandingan Debat Diraja 2007 sudahpun melabuhkan tirainya. Gelaran naib johan yang disandang oleh pasukan UM (Utama) amat disyukuri, walaupun gagal mempertahankan kejuaraan.

Benar, banyak yang saya pelajari dalam edisi debat diraja kali ini. Pendebat tidak boleh hadir dengan otak yang kosong. Subjek perdebatan serta isu untuk penghujahan perlu dikuasai agar perdebatan berlangsung secara intelek dan bukannya atas retorik semata-mata. Itulah kelemahan yang saya kira perlu untuk diperbaik untuk kejohanan akan datang.

Img_5902 Pengalaman digandingkan dengan Zul Fadhli dan Haris Mohd Ghazali (untuk kali pertama dan terakhir) merupakan pengalaman yang bermakna. Juga pertama kali diletakkan di posisi pendebat pertama sepanjang kejohanan memberi satu paradigma dan tanggungjawab baru untuk digalas. (Baru saya tahu betapa sukarnya tugas ini berbanding menjadi pendebat ke-2). Terima kasih pada Otel kerana pimpinan ke atas team berjaya ke pentas final untuk kali ke-n dan kepada Haris, sebagai newcomer dalam debat intervarsiti, anda sangat bagus. Selepas ini, tumpukan pada buku, jadikan debat sebagai kenangan terindah yang tidak akan dilupa sepanjang hayat.

Img_5875edited_1 Kepada yang lain, terima kasih daun keladi saya ucapkan. Buat Azizul, Azerai n Hasril, kalian amat bermakna buat kami. Pada yang lain; John, Dayat, Shen, Acap, Shahid, Shahril, Mazuin, Zati, Luqman, Zahid dan Fairus, terima kasih kerana menerima orang tua ini dengan baik sekali. Ingat pada anugerah yang kita kecapi pada malam tersebut, amat sukar untuk mencapainya, lagi sukar untuk mengekalkannya. Maka tanggungjawab yang anda pegang amatlah besar sekali.

Buat keluarga; ibu, ayah dan semuanya, terima kasih atas doa anda.

Debat dan AUKU

Saya baru kembali dari kelas Sosiologi kelolaan Dr Norani. Istilah kelolaan di sini menggambarkan keadaan kelas tersebut yang tidak berpusatkan guru/pensyarah, sebaliknya telah diadakan aktiviti ala-ala forum ilmiah untuk mengupas beberapa topik hasil kajian pelajar.

Beberapa minggu yang lepas, seorang pelajar dari kelas tersebut telah bersuara mengatakan AUKU perlu dihapuskan kerana menyebabkan mahasiswa tidak dpt menyuarakan idea. Apa yang terlintas di fikiran saya ialah saya bersyukur dapat menyertai pertandingan debat inter-varsiti.

Jauh bukan? Dari AUKU, saya terus berfikir tentang debat.

Cerita begini. Dalam pertandingan debat inter-varsiti, pelbagai topik dan perkara telah dibahaskan secara ilmiah saya kira. Dari isu sosial dan politik seperti rasuah, blogging, kebebasan media, birokrasi dan sebagainya sehingga kepada isu agama seperti pengwujudan jawatan peguam syarie negara, semuanya dibincangkan dengan teliti, adil dan rasional.

Kesimpulan mudah dari akal saya yang tidak setinggi mana, mereka (yang mahu AUKU dihapuskan) hanya memikirkan menyampaikan idea dengan membuat kenyataan akhbar, memorandum dan demonstrasi. Perlu diingat, tindakan tersebut adalah provokatif dan sukar dikawal. Kenyataan akhbar dan demonstrasi misalnya, boleh menyebabkan timbul sentimen dan ketidakstabilan.

Tetapi tidak dalam debat. Peranan speaker untuk mengawal keadaan dan garis panduan tertentu membuatkan debat merupakan arena terbaik untuk bersuara dan menyampaikan debat.

Akan timbul satu perkara baru. Ramai akan mengatakan Debat itu akan melalaikan dan merosakkan sesuatu bangsa. Saya kita, kegagalan pemahaman membuatkan kita berfikiran cetek sebegitu. Debat yang merosakkan masyarakat ialah debat akan perkara remeh-temeh, tidak berpenghujung dan tiada kebaikan kepada masyarakat. Namun, pertandingan debat inter-varsiti tidak sebegitu.

Apalagi, marilah memeriahkan dunia perdebatan (yang sihat)!

Ketenangan, Kemerdekaan, Kenangan

Hmm... setelah sekian lama tidak menaip dalam blog ini, ada juga mood dan idea untuk menaip... sehingga saya tidak tahu di mana hendak bermula...

Dizoo_2 Well, pada 24-25 Ogos yang lepas, keluarga orator Universiti Malaya telah mengadakan percutian yang bertemakan Berlari Mencari Ketenangan di Melaka. Selama dua hari dua malam (kerana hari jumaat, kami sampai pada jam 9.30 malam). Aktiviti yang dirancang? Makan ikan bakar di Pengkalan Balak, ronda-ronda Ayer Keroh, aktiviti tepi pantai, Karaoke dan BBQ, serta perlawanan bowling di Mahkota parada. Rasanya, tidak perlu ditaip semua aktiviti di sini, kerana anda boleh membacanya di Azerai's blog. Apa-apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua; Abg Hasril, Abg Azerai, Abg Zizul (warga emas yang prihatin), Otel (thanks sebab bagi support), John & Nanu (bile nak kahwin?! haha), Zati & Zami (sporting gak!), Acap & Zahid (Thanks & Sori).

Bapi 31 Ogos 2007, sambutan kemerdekaan ke-50 Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, saya juga tidak mahu ketinggalan untuk merasai kermeriahannya. Lantas, atas ajakan Amir Ramzani, kami bersepakat untuk ke Putrajaya bersama-sama Jej Ida Mal dan Sob. Kami tiba di sana pada jam 10.30 malam, sanggup berjalan kaki sejauh 1.6km semata-mata untuk memperoleh kedudukan terbaik menonton persembahan bunga api. Tepat jam 12 malam, bermula pertunjukan bunga api oleh pasukan dari Jepun yang saya kira antara persembahan bunga api tercantik yang pernah saya saksikan.

Pada keesokannya pula, saya berkesempatan berjumpa dengan sahabat-sahabat lama di Bandar Baru Bangi. Thanks to Poji, Mat, Amir  & Zamir. At least, hilang gak busan and terubat kerinduan dengan korang... haha...

Bila lagi leh cenggini?

Diriku Pasca Debat Kemerdekaan

Setelah membaca blog teammate, Zulfadhli tentang entrinya berkenaan Debat Kemerdekaan 2007, maka akhirnya mood saya kembali menulis di blog ini setelah sekian lama membiarkannya sepi...

Benar sebagaimana yang dikatakan oleh Zulfadhli a.k.a Otel (nama pena?!).... Pertandingan Debat Kemerdekaan Antara IPT 2007 yang berlangsung di UniMAPerlis telah memberi seribu satu kenangan manis yang menjadi satu 'turning-point' terhadap diri yang masih merangkak-rangkak dalam dunia perdebatan IPT di Malaysia ini...

Antara lain, keadaan mental dan fizikal pendebat itu sendiri perlulah cergas dan baik... pengalaman saya, apabila mengalami tekanan yang berlebihan, saya akan mengalami masalah kesihatan (Debat PIN 2007, Debat Alam Sekitar 2007)... dan ilmu di dada juga perlulah tinggi sebagaimana yang pernah ditulis di akademidebat.com...

Perlawanan di UniMAP memang menguji kesabaran dan ketahanan... pertama sekali, keadaan bilik persidangan yang panasnya usah dikata... tambahan pula tajuk yang cukup memerlukan kajian mendalam... (bayangkan kalau tidak tahu-menahu pasal isu blogging, sedangkan tajuk pertama is "Blogging Manifestasi Rakyat Merdeka)...

Bak kata Otel, konsep "merangkak" UM memang merupakan pengalaman bagiku... berada pada kedudukan ke-20 seawal pusingan pertama, sedikit demi sedikit memperbaik kedudukan kepada kedudukan ke-16 (selepas pusingan kedua), ke-8 (pusingan ketiga), ke-6 (pusingan keempat), ke-3 (pusingan kelima, dan akhirnya menduduki tangga kedua keseluruhan. Alhamdulillah...

Kesimpulan dpd tiga edisi debat awal semester ini (Debat Kepenggunaan, Debat Alam Sekitar, Debat Kemerdekaan), pentas perdebatan IPT M'sia sememangnya begitu sengit... setelah selesai dua perlawanan, perlawanan ketiga memang tiada tenaga yang optimum sebagaimana perlawanan-perlawanan sebelumnya... ini sudah membuktikan bahawa semua pasukan sama kuat, sama hebat, sama liat...

Saya tidak mahu menaip sebarang keputusan di blog ini kerana agak banyak juga perkara yang akan ditulis, ditambah pula diri ni tidak rajin seperti Khairulnizam Bakeri (UiTM) yang boleh membuat 'update' dalam blog beliau setiap hari...

Cuma di kesempatan ini, ingin sekali menyampaikan rakaman ucapan terima kasih buat Ibu dan Ayah serta family yang mengizinkan saya untuk pergi ke UniMAP sedang kalian bercuti di Port Dickson... juga kepada konsultan Orator UM, En Azizulhakim Abd Aziz... memang kemahiranmu bermain dengan buah catur debat ini tiada taranya... hope dpt banyak belajar untuk menjadi first speaker yang cemerlang... kepada teammate; Otel (thanks a lot, tak tau la nak taip apa utk ko kat sini), John (ko tidak menunjukkan penurunan prestasi, tetapi sebaliknya... tahniah n keep moving bro!), Azizi (ko mmg tegas bab-bab extracting fakta, kagum akan ko)... kepada team sokongan; Acap (tak nak komen ko... hahaha... anyway, thanks), Zahid (sebarang pengkantoian hanyalah sesama kita jek... ahaks!), Efzueni (hmmm..... perlu ke komen kat org yang tak banyak cakap nih).... kepada Bro Azerai & Nizam (tak terbalas jasa kalian)...


Di akhirnya, kata-kata provokatif saya ternafi akhirnya...

"... susah untuk saya anggap ahli orator sebagai satu keluarga... kelab orator UM terlalu berorientasikan pencapaian..."

kerana saya melihat, memang orator sebahagian hidup saya... dan tindakan semua pihak, tidak berorientasikan pencapaian semata-mata....

Kantin dan Bendera

Masih ada sedikit masa sebelum bertolak ke UNIMAP...

Saya suka membaca blog saudara Nizam dari UiTM, antaranya termasuklah isu berkenaan program susu sekolah. hmm... tidak banyak yang saya boleh katakan kerana semua maklum tentang perkara tersebut.

Kantin_1 Namun, seperkara yang menarik perhatian saya ialah bukannya isu susu tersebut, namun isu yang tidak pernah digembar-gemburkan oleh semua pihak; Kantin Sekolah. Saya kira, semua mempunyai pengalaman yang sama. Makan mee hoon yang hanya mempunyai seurat dua tauge, nasi goreng yang hanya berwarna tetapi tidak berperisa, mahupun air oren yang diperbuat dpd kordial double lion. Menurut pensyarah saya (Dr Suseela), keadaan ini jauh lebih buruk berbanding di luar negara. Mengambil contoh di AS, makanan yang disediakan jauh lebih berkualiti. Ya, memang tidak dinafikan bahawa harga akan menjadi sedikit mahal, tetapi berbaloi dengan zat-zat yang diperoleh. Kantin sekolah di Malaysia? hmm.. nutrien yang ada barangkali cuma MSG dan pewarna minuman. Mana zat yang diperlukan oleh kanak-kanak? Hatta bilangan karbohidrat kompleks pun gagal dipenuhi. Akhirnya, organ dalaman pelajar sekolah juga yang terawet oleh perisa dan pewarna ini.

Bendera Sambutan 50 tahun kemerdekaan semakin hampir. Antara lain, tinggal sejam sahaja lagi sebelum saya berangkat ke UNIMAP Perlis untuk menyertai Debat Kemerdekaan 2007. Seperkara yang ingin saya sentuh ialah keadaan bendera yang digantung di lobi Kolej Kediaman ke-10 UM. Sekali imbas, tidak nampak apa-apa yang pelik. Namun, sedarkah bahawa logo UM telah sesuka hati diubahsuai (oleh siapa? Wallahu 'aklam). Kelakar bukan bendera yang mempunyai logo UM tersebut, tanpa perisai, yang tinggal hanya beberapa garis, beberapa ekor harimau dan sekuntum bunga raya. Apa rasional bendera tersebut dibikin sebegitu rupa? Sangat pelik bukan?

Masa tinggal sedikit... berkemas sekarang..

Jauh di sudut hatiku...

Sedar tak sedar, dah dua hari semester baru bermula... well, banyak jugak benda yang berlaku time cuti sehingga membuatkan saya merasakan sem baru ini mempunyai atmosphere yang berlainan dengan sem sem lepas...

Izinkan saya memulakan blog baru sem ini dengan luahan dari hati kecil saya sebagai seorang pendebat yang masih merangkak-rangkak untuk menjadi seorang pendebat yang baik... jauh di sudut hati, memang sedih melihat dunia perdebatan sekarang ini... penuh dengan kekotoran di sana-sini... saya selalu berharap agar dunia perdebat intervarsiti di Malaysia ini suci, bersih... tiada iri hati, tiada sifat hasad dengki, tiada talam dua muka... namun, semakin lama saya menyertainya, semakin banyak titik-titik hitan yang saya temui... musuh yang nyata usah dikata, sentiasa ambil peluang untuk menjatuhkan kita... musuh dalam selimut apatah lagi, lebih berbahaya dan boleh menikam kita...

Boleh saya katakan, hanya segelintir sahaja berkawan dengan sebetul keikhlasan semasa musim pertandingan debat... mereka benar-benar berhati mulia, tidak ada niat tersembunyi dan berniat suci untuk berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat... yang lain, hanyalah mengambil kesempatan semata-mata... bertegur-sapa dengan saya, namun tidaklah seikhlas mana...

Bukan niat saya untuk prejudis... tetapi keadaan sekeliling membuatkan saya membuat kesimpulan begitu... sukarkah kita untuk menjadi baik? sukarkah untuk kikis perasaan dengki dan iri hati?... kerana perkara ini semua membuatkan kita semakin jauh, bukannya semakin rapat...

Kiranya apa yang saya tulis ini adalah renungan buat diri saya sendiri dan semua... Saya harap, selepas ini, dunia perdebatan akan menjadi lebih ceria dengan hilai tawa dan perbualan yang lebih ikhlas... Saya tidak mahu melihat pendebat junior terasa diri mereka terasing... Saya tidak mahu melihat pendebat senior membangga-banggakan diri seolah-olah mereka tiada satu kesalahan... Saya tidak mahu umpatan menjadi zikir harian pendebat... Saya tidak mahu universiti dibanding-bezakan... Yang saya mahu, saya ingin berkawan dengan semua... Saya mahu semua orang berkawan dengan niat yang suci dan murni...

Di akhirnya, saya menyimpan impian agar tiada lagi pihak berbangga diri di laman web sendiri... saya ingin melihat kata-kata murni lahir dari pendebat universiti... saya berdoa agar semuanya menuju ke arah yang lebih baik... agar mimpi yang saya inginkan ini menjadi realiti...

SPM, TMM, Badminton dan AD

< Sekian lama tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ini, akhirnya ada juga kesempatan untuk meluangkan masa dan mencurahkan idea....

Sejak akhir-akhir ini, banyak peristiwa yang berlaku sekitar kita... sedar tidak sedar, junior tingkatan 1 semasa saya tingkatan 5 di sekolah dahulu, sudahpun memperolej keputusan SPM masing-masing... tahiah diucapkan dan selamat datang ke dunia baru yang lebih mencabar... cuma sedikit pendapat ingin dikongsi bersama... tentang kegilaan baru masyarakat Malaysia... iaitu, mengambil seberapa banyak matapelajaran yang boleh... niatnya, bukannya untuk menimba ilmu, tetapi untuk memecahkan rekod... maka rosaklah tradisi pencarian ilmu yang suci... hinggakan ada juga yang sanggup menipu; mendakwa memperoleh 24A1, hanya untuk memperoleh publisiti.... tidak cukup dengan itu, setelah Amalina menjadi duta untuk SKOR, Nadiah Amirah pula menjadi duta akademik untuk akhbar Utusan... itulah dia, selebriti kita dalam dunia pendidikan...

beberapa minggu lepas, saya berkesempatan bercuti di Pulau Pangkor... saya kira, P.Pangkor adalah satu tempat yang menyeronokkan... pantai indah, infrastruktur mencukup, pengangkutan banyak, harga makanan pun mahal (hahaha).... ya, memang Malaysia sudah bersedia untuk menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2007... kerana pemerhatian saya di Pulau Pangkor, pemandu teksi cukup peramah sehinggakan bapa saya sanggup membayar harga tambang yang lebih daripada yang sepatutnya atas keramahannya... juga saya lihat pengusaha pelancongan tempatan yang rata-ratanya merupakan masyarakat melayu begitu pandai berkomunikasi dengan pelancong, baik pelancong tempatan, juga tidak kekok berbahasa Inggeris dengan pelacong luar...

saya juga tertarik dengan seorang beregu badminton Malaysia yang kini digelar Beregu Sensasi oleh semua akhbar tempatan... Tahniah diucapkan kepada Koo Kien Kiat - Tan Boon Heong... moga-moga memperoleh kejayaan cemerlang di masa akan datang... namun, pujian harus ada hadnya... jangan kini di pusingan akhir nama dijulang, selepas ini di pusingan akhir hanya menonton di tepi gelanggang

saya juga baru sahaja selesai membaca beberapa entry di www.akademidebat.com berkenaan yuran debat antara sekolah UIA... well, terima kasih kepada yang berkenaan di akademidebat.com tersebut atas keprihatinan anda... pun begitu, saya melihat beberapa tulisan di laman web tersebut berbaur emosi dan sentimen... dan saranan saya, kepada pembaca dan pelayar internet, jangan sekadar membaca dan menganalisa dari satu pihak sahaja, kelak perbandingan yang dibuat berkecenderungan untuk menjadi tidak adil... dan saranan saya untuk penganjur, buatlah sesuatu untuk menerangkan kepada seluruh dunia tentang rasional anda mengenakan bayaran sebegitu tinggi...

Cubalah berfikir....

Debat NC 2007

Seminggu sudah, Debat Piala NC antara kolej-kolej kediaman Universiti Malaya telah berlangsung... hendak dikatakan dengan jayanya? bolehlah... hendak dikatakan gagal? tidak juga... maka, kejayaannya adalah sederhana baik dari aspek penganjuran mahupun kualiti perdebatan...

Banyak juga perkara-perkara yang saya pelajari sepanjang debat NC tersebut... well, barulah terasa apa perasaannya menjadi pengiring sesuatu pasukan, bukakan konsep, then mcm org gile melihat pasukan sendiri bertanding (thanks Azizul n Ijan utk sumbangan selama ini)...dan juga terasa pengalaman menjadi hakim... dan untuk kali ke-3 menjadi AJK Teknikal Kehakiman...

cuma sedikit teguran bagi penganjur... ya, saya sedar yang saya bukanlah seorang yang hebat dari aspek penganjuran... namun, tidak salah rasanya memberikan sedikit pendapat... kepada AJK, pertama sekali yang saya rasa paling kurang ialah kurang mesra... perbandingan ini saya lakukan dengan jawatankuasa penganjur Debat Terbuka ASTAR yang cukup ramah dan mesra sejak pendaftaran hinggalah majlis penutup... baik kepada pihak Orator UM, mahupun kepada peserta... maka tidak hairanlah pendebat-pendebat IPT memuji penganjuran Debat Terbuka ASTAR yang diiktiraf peningkatan kualiti penganjurannya (ini dibuktikan dengan bilangan penyertaan pasukan)...

Selain itu, saya kira penganjur mempunyai seorang ex-officio yang cukup berpengalaman... pun begitu, saya tidak tahu di mana silapnya... sama ada AJK kurang peka dengan panduan ex-officio atau kegagalan ex-officio memastikan projek berjalan dengan cemerlang... hinggakan pembahagian jawatankuasa pun nampak kerancuannya... contohnya, saya kira ex-officio maklum dengan jawatankuasa teknikal kehakiman ternyata berbeza dengan teknikal yang menjaga siaraya dsb... (sekali lagi perbandingan dibuat dengan Debat Terbuka ASTAR)...

mungkin ada yang akan mempertikaikan tulisan saya ini, "Tidak adil membandingbezakan Debat Terbuka ASTAR dengan Debat NC yang lain kapasitinya"... kalau sekadar berdalih dengan alasan ini, lupakan hasrat untuk memperbaik diri... saya kira, kalau alasan ini diterima, maknanya, jikalau AJK Debat Terbuka ASTAR boleh beramah mesra, maka AJK Debat NC tidak perlu senyum kerana penganjurannya kecil sahaja... huhuh...

juga sedikit terkilan dengan beberapa pihak yang nampaknya gagal menjaga maruah dengan baik... ingatlah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya... namun, ingatlah pepatah cina yang mengatakan "Jikalah engkau melakukan seribu kebaikan, maka tiada siapa akan memandang akan dikau... Namun, jikalau engkau melakukan satu keburukan, maka satu dunia akan memandang akan dikau"

selain untuk penganjur, kesempatan ini juga saya ambil untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat... khususnya AJK dari kolej ke-4, ahli Kelab Orator UM, alumni Debat IPT dan juga hakim jemputan dari UiTM.. tanpa kamu, tidak akan berjaya Debat NC tersebut...

Debat...

Saya baru sahaja selesai membaca blog saudara syatir dari UIA yang saya kira entrynya sangat baik untuk tatapan semua bertajuk Membentuk Generasi Pendebat Berkualiti dan Hakim Berintegriti. Niat di hati, juga ingin mempunyai entry sebaik itu. Pun begitu, rasanya masih belum tercapai dek akalku untuk menjadi seperti itu.

Sebagaimana dikatakan oleh Syatir, keadaan yang boleh dikategorikan sebagai tidak sihat ini akan menganggu dan merendahkan kualiti arena perdebatan di Malaysia...  tentang penghakiman, memang tidak boleh dinafikan tentang beberapa kesilapan di sana-sini sepanjang Debat Terbuka ASTAR 2007... terima kasih juga diucapkan kepada saudara Syatir atas segala pemerhatian, teguran dan nasihat yang saya kira sangat berguna untuk saya... peluang belajar ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin yang saya kira tidak banyak pendebat di Malaysia ini yang sanggup menanggung keletihan memandang nombor yang begitu banyak, key-in markah, seterusnya menyusun rank setiap pasukan dalam setiap pusingan... yang mungkin pendebat kejarkan ialah masuk pertandingan, dan mengejar kemenangan (sebab itu mungkin ada pendebat yang tidak bersetuju dengan keputusan saya untuk menjadi AJK Debat Kemerdekaan 2006 sedikit masa dahulu)... dan saya kira dunia perdebatan IPT Malaysia ini memang penuh dengan politik tersendiri yang saya tidak sanggup untuk menghadapinya... cukuplah sekadar menjadi pemerhati, peserta dan menilai, layakkah diri sendiri untuk menceburi politik dalam debat...

siapalah diri ini untuk berkata-kata

 

Diriku Pasca Debat Perdana Integriti 2007

Kalau diikutkan hati, ingin sahaja ulang and betulkan apa kesilapan yang telah dilakukan... tetapi, sejarah tetap sejarah yang akan meninggalkan kita... yang lebih penting ialah bagaimana kita belajar dari kesilapan tersebut..

Debat Perdana Integriti 2007 membuka lembaran karier debatku untuk semester ini... dan dengan satu gandingan baru, kecuali Zulfadhli... dua lagi, John dan Danial menggalas tugas yang cukup besar, mengekalkan kejuaraan yang dilakar oleh Zulfadhli dan Danial pada tahun lalu...

Tempoh yang pendek, sejak 13 Julai 2006 hingga 2 Februari 2007, tidak sampai setahun pun UM memegang gelaran johan, the cup is back for grab.... well, ketiadaan Zulfadhli pada hari pertama agak memeritkan... dengan melayan seorang teammate junior yang sengal... dan seorang teammate senior yang sengal gak... last-last, yang di tengah pula yang dikuasaduakan kesengalannya... Alhamdulillah, tanggungjawab berjaya dilunaskan... 3 kemenangan ke atas UMS, MMU dan UIAM membolehkan diri ini menarik nafas lega... pun begitu, hanya dua sahaja kemenangan diperoleh pada hari kedua (ke atas UKM dan UPM) ... sori la korang, aku kurang sihat la petang tu... hehehe...

Pusingan kalah mati, juga sangat getir... menentang pasukan UKM dan UIAM yang saya kira punya kekuatan tersendiri... Alhamdulillah, berjaya melangkah ke pusingan akhir, namun kejuaraan dinafikan oleh pasukan UiTM yang memang tiada taranya...

Di kesempatan ini, jutaan terima kasih diucapkan pada Ibu and Ayah... kerana restu kamulah, anakmu berjaya mencatat pencapaian... thanks gak utk kaklong sebab dtg bagi sokongan... juga pada teammate; Otel, Danial dan John... terima kasih bebyk... pada senior; Azizul dan Ijan, itu sahaja yang tercapai dek akalku... pada yang lain, thanks atas sokongan... penghargaan juga buat sahabat-sahabat di UPM yang beri sokongan mahupun yang just dpt jumpa jek; Siti Dahlia bte Mohd Rosle, Siti Fatimah Joharry, Hisam, Johari Jalinas, Khirol (aku tak sempat jumpe ko), Saiful Nizam, ntah sape lagi ek... kepada roomate, M.Bukhari yang sengal dan benchot, tq sebab melayan kesengalan aku untuk chatting time aku di UPM... buat rakan seperjuangan, debaters IPT seluruh M'sia, trimas atas segalanya...

cuma setelah balik dari UPM, rasa macam ada yang tak kena... rasa macam ade orbital separuh penuh pada diri ini yang minta diisi... hmmm... rasanya, belum tiba masanya... cukup sekadar bersyukurlah dengan apa yang ada...

Diriku Pasca Debat 100 Jam Tanpa Henti

Debat_100_jam_8 Alhamdulillah... berkat kesabaran dan ketabahan baik penganjur (UiTM dan DBP) mahupun peserta, maka rekod Debat BM tanpa henti telah dicatatkan pada 23 Disember lalu dengan catatan 100 jam 10 minit 44 saat...



Debat_100_jam_35_1 bagi saya, pengalaman menjadi sebahagian daripada rekod kebangsaan dan rekod dunia merupakan satu kepuasan berganda... pertama, dpt menyumbangkan secebis jasa untuk catatan rekod... kedua, berdebat (mmg suatu hobi yang disukai)... ketiga, yang paling mengasyikkan, berborak dan menghabiskan masa bersama-sama semua peserta, termasuk pendebat IPT, sekolah dsb...

Debat_100_jam_11_1 tentunya, pengalaman beramah-mesra dengan semua peserta mmg menyeronokkan.... almaklumlah, dalam dunia debat ni, siapalah Ali Asyraf jika dibandingkan dengan nama-nama besar seperti Azizul, Kaloi, Tra, Ijan (sekadar menyebut beberapa nama)... pun begitu, Debat 100 jam ini kelihatan seperti tiada jurang senior-junior mahupun pendebat establish-amateur...

Debat_100_jam_16 kepada jawatankuasa penganjur, sekalung tahniah diucapkan... huhu... sepanjang Debat 100 jam, terharu melihat AJK memastikan aktiviti berjalan lancar... walaupun sekadar bertanya "dah makan?"... huhuhu

juga terima kasih tak terhingga pada ibu and ayah coz beri keizinan untuk join Debat 100 jam ini....

bilakah dapat dikecapi lagi?

Diriku Pasca Debat IKIM 2006

berakhirlah perjuangan pasukan UM pada 6 Disember 2006 yang lalu hanya di peringkat suku akhir... namun, Alhamdulillah dilafazkan kerana sasaran awal ialah melepasi peringkat liga... pun begitu, beberapa kekesalan tetap dirasai... betul kata orang, sesal dahulu pendapatan, namun sesal kemudian saya kira suatu muhasabah dan pengajaran...

mungkin saya tidak melakukan yang terbaik semasa debat IKIM ini sehingga gagal melunaskan harapan dan impian team UM untuk Debat IKIM '05 (Ijan, Otel, Zizul) dan Jaamat... namun, apa pengajaran kali ini lebih daripada sekadar buat yang terbaik untuk berdebat, malah buat yang terbaik untuk membawa team anda...

buat Firdaus dan Bidasari, manusia itu ibarat rumah; rumah tak akan sempurna tanpa tandas, walaupun tandas itu tempat yang kurang bersih, namun ia adalah pelengkap pada rumah... samalah seperti manusia yang tidak akan sempurna tanpa kekurangan... namun, baikilah kekurangan dan kelemahan sebagaimana tandas yang perlu dicuci dan dibersihkan...

Di akhirnya, sekalung perhargaan buat keluarga yang jauh, ibu dan ayah yang dirindui di Johor Bahru... kepada Firdaus dan Bidasari... buat yang membantu; Istajib, Ijan, Jaamat, Zizul, Otel, Wan, Nizam, Azizi, Azri.... juga kepada rakan-rakan pendebat lain, suatu pengalaman berharga bersama-sama kalian...

Bilakan akan terubat?

Diriku Pasca Debat Diraja 2006

well, saya berasa sungguh gembira atas nikmat yang dikurniakan... Johan Debat Diraja 2006, satu gelaran yang bagi saya sangat berprestij... jerit-perih kepayahan ke arah mencapai sasaran seolah-olah hilang dan terbayar apabila Keris dalam genggaman...

saya kira, pengalaman ke Debat Diraja 2006 ini menyimpan seribu satu makna tersendiri dan pengalaman baru... well, paling seronok ialah pengalaman untuk menggulung kes pasukan, yang merupakan komponen paling penting dalam arena perdebatan... walau tidak sebaik mana, namun ia tetap menjadi pengajaran untuk mengharungi kejohanan mendatang... selain itu, pentas final ke-2 (selepas Debat A/Sekitar, tidak termasuk Debat Terbuka Arau) juga menjadi suatu pengalaman yang saya rasa sukar untuk dikecapi oleh insan seperti saya...

pun begitu, kalau tidak mendapat johan sekalipun, saya merasakan bahawa Debat Diraja kali ini memang berlainan... dengan air kotak untuk makan, perbezaan waktu dengan s'jung, gelagat LO, dan saya kira ukhuwah saya dirapatkan dengan pendebat dari IPT yang lain... kepada Nana, G-han (UKM) and Mai (KUSTEM), harap team impian kita akan terbina... haha!...

Maka, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Syukur kepadaNya atas kurniaan bakat dan kekuatan... terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu dan ayah yang mendoakan, juga pada keluarga atas sokongan moral, tidak dilupakan Shahrizan dan Zulfadhli yang sabar dan cekal dalam mendidik diri ini, terima kasih tak terhingga kepada kalian dan juga Azizulhakim yang tidak putus-putus mencurahkan idea... kepada team Orator UM untuk ke royal; Ridwan, Azri, Bida, Azizi, Wan, Zati, Zahrah, Lee, Sri... sekalung apresiasi untuk kalian... kepada Nanu, trimas coz sporting gile!... En S dan Cik Amini... kepada rakan debat IPT yang lain, terima kasih atas segala bantuan dan sokongan... moga berjumpa lagi... kepada rakan-rakan karib di kolej; Bukhari, Amir, Maisarah, Umar, Nuar, Mamat (sekadar menyebut beberapa nama)...

Terima kasih dan syukur...