Blog baru
Sekian lama, ingin sekali keluar dari kepompong blog friendster yang terhad ini...
Maka, lawatlah blog saya yang terbaru.
Sekian lama, ingin sekali keluar dari kepompong blog friendster yang terhad ini...
Maka, lawatlah blog saya yang terbaru.
Tahun ini masuk tahun ke-4 pengajian saya di Universiti Malaya dan kali ke-4 jugalah saya melalui pilihanraya kampus (PRK).
Adakah melampau untuk saya katakan bahawa perbalahan politik dalam PRK telah menyebabkan kita terbahagi and akhirnya terus terpinggir? Saya rasakan tidak. Saya sedih melihatkan orang lain boleh bekerjasama untuk kebaikan bersama. Namun, perbalahan sesama sendiri ini saya lihat merugikan kita.
Ambil contoh dua pihak di Universiti Malaya (yang terang-terangan melanggar undang-undang PRK) iaitu Aspirasi dan Pro-Mahasiswa (a.k.a Gagasan). Acapkali kita dengar, perpecahan sesuatu bangsa akan meruntuhkan bangsa itu sendiri. Namun, hakikatnya perit untuk diterima. Aspirasi dan Pro-Mahasiswa adalah kumpulan dominan Melayu. Dua kumpulan ini mempunyai titik persamaan yang begitu jelas; Islam dan Melayu.
Persoalannya, apakah titik persamaan ini tidak boleh dibentuk untuk menyatukan Islam dan Melayu demi kebaikan bersama? Adakah wajar meletakkan perbezaan pendapat, fahaman dsb sebagai suatu sempadan untuk membentuk perpaduan di kalangan kita?
Saya kira, sudah tiba masanya, undang-undang PRK ditegakkan oleh semua pihak; tiada calon bertanding atas nama kumpulan tertentu. Sudah tiba masanya juga untuk kita bergabung atau sekurang-kurangnya mempunyai kerjasama dan penyatuan yang kuat demi kebaikan semua.
Masih ada sedikit masa sebelum bertolak ke UNIMAP...
Saya suka membaca blog saudara Nizam dari UiTM, antaranya termasuklah isu berkenaan program susu sekolah. hmm... tidak banyak yang saya boleh katakan kerana semua maklum tentang perkara tersebut.
Namun, seperkara yang menarik perhatian saya ialah bukannya isu susu tersebut, namun isu yang tidak pernah digembar-gemburkan oleh semua pihak; Kantin Sekolah. Saya kira, semua mempunyai pengalaman yang sama. Makan mee hoon yang hanya mempunyai seurat dua tauge, nasi goreng yang hanya berwarna tetapi tidak berperisa, mahupun air oren yang diperbuat dpd kordial double lion. Menurut pensyarah saya (Dr Suseela), keadaan ini jauh lebih buruk berbanding di luar negara. Mengambil contoh di AS, makanan yang disediakan jauh lebih berkualiti. Ya, memang tidak dinafikan bahawa harga akan menjadi sedikit mahal, tetapi berbaloi dengan zat-zat yang diperoleh. Kantin sekolah di Malaysia? hmm.. nutrien yang ada barangkali cuma MSG dan pewarna minuman. Mana zat yang diperlukan oleh kanak-kanak? Hatta bilangan karbohidrat kompleks pun gagal dipenuhi. Akhirnya, organ dalaman pelajar sekolah juga yang terawet oleh perisa dan pewarna ini.
Sambutan 50 tahun kemerdekaan semakin hampir. Antara lain, tinggal sejam sahaja lagi sebelum saya berangkat ke UNIMAP Perlis untuk menyertai Debat Kemerdekaan 2007. Seperkara yang ingin saya sentuh ialah keadaan bendera yang digantung di lobi Kolej Kediaman ke-10 UM. Sekali imbas, tidak nampak apa-apa yang pelik. Namun, sedarkah bahawa logo UM telah sesuka hati diubahsuai (oleh siapa? Wallahu 'aklam). Kelakar bukan bendera yang mempunyai logo UM tersebut, tanpa perisai, yang tinggal hanya beberapa garis, beberapa ekor harimau dan sekuntum bunga raya. Apa rasional bendera tersebut dibikin sebegitu rupa? Sangat pelik bukan?
Masa tinggal sedikit... berkemas sekarang..
Setelah direman selama empat hari, akhirnya pasangan Myanmar yang dituduh mengeksploitasi Yin telah dibebaskan. Beberapa keraguan telah terjawab, antara lain ialah tentang persoalan kepala Yin dibotakkan, klinik tempat Yin mendapat ubat demam campak, dan ujian DNA mengesahkan lima kanak-kanak yang dijaga oleh pasangan ini memang sah anak kandung mereka, dan mempunyai kad daripada Suruhanjaya Tinggi PBB Untuk Pelarian (UNCHR). Saya tidak pasti apakah hasil siasatan selepas ini, siapa tahu dakwaan mengurung dan menculik akan tetap dikenakan, lebih-lebih lagi dalam bahang pilihanraya kecil di Ijok.
Seperkara lain ialah berkenaan dengan ekspedisi terjunan di kutub utara oleh Putera UMNO yang cuba digembar-gemburkan, namun tenggelam timbul dek penangan isu serangan peribadi terhadap TPM, isu program susu sekolah yang basi dan sebagainya. Apa yang saya lihat melalui usaha ini (terjunan di kutub utara) secara keseluruhannya begini. Apabila Putera UMNO menzahirkan idea ini lantas merealisasikannya, apakah matlamat utama mereka? Tidak lain, kononnya meningkatkan semangat patriotisme belia Malaysia agar berbangga dengan pencapaian tersebut. Pun begitu, berapa ramai kalangan kita yang meningkat semangat patrotisme apabila membaca akhbar tersebut? Jika ya, baguslah. Namun jika tidak, usaha 'syok sendiri' putera UMNO ini adalah suatu pembaziran. Secara logiknya, saya kira kos yang dilaksanakan bukannya seringgit dua. Ini baru satu program. Belum termasuk Syarifah Mazlina, Azhar Mansor dan sebagainya.
(teringat kolej pernah menghantar delegasi kebudayaan ke Indonesia)
Hari ini, saya bangun lantas bersiap untuk menghadapi peperiksaan pertama saya, iaitu Mekanik. Setibanya di papan notis, maka terpandanglah sehelai notis atau risalah yang dilekatkan pada papan notis tersebut. Kemudiannya, baru saya sedar, bukan sekadar kehormatan papan kenyataan dicabuli, malah bakul-bakul motosikal di kolej ini turut disesakkan dengan pengedaran risalah ini; suatu pembaziran.
Apa yang ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan isikandung risalah tersebut. Saya tidak mampu menaip semula, cukup sekadar kita analisa satu persatu apa hasil tulisannya.
"... best jugak kalau datang perjumpaan dengan PENGETUA KOLEJ. Boleh lepaskan tension. Ye lah, boleh dengar apa PENGETUA nak cakap. Yuran Kolej nak naik semester depan ke?..."
Bagi saya, jikalau benar pengetua nak maklumkan tentang kenaikan yuran, maka baguslah. Sekurang-kurangnya, khabar angin yang kurang disenangi akan terjawab. Nampak sudah kedangkalannya.
"... Semester depan nak potong duit PTPTN untuk MGS lagi ke. Tiap-tiap tahun perkara sama berulang kan? Duit yang kita pinjam kena potong setiap sem... Yang pegi MGS tak pe lah, tapi yang tak pergi? Agak-agak diorang halalkan ke tak duit yang dipotong tanpa pengetahuan diorang?..."
Untuk yang ini, mungkin silap saya sebagai bekas Pembantu Mahasiswa, lupa untuk memberitahu bahawa yuran majlis makan malam kolej memang akan dipotong terus dari akaun pelajar. Suatu tradisi dan kebiasaan bagi setiap kolej. Persoalannya, mengapa mereka tidak menghadiri majlis tersebut? Merugikan bukan? Analoginya begini. Saya dikenakan bayaran RM 50 setiap semester untuk yuran keahlian perpustakaan Universiti Malaya. Sekiranya saya tidak pergi ke perpustakaan, layakkah saya berkata "aku tidak halalkan yuran keahlian perpustakaan, kerana aku tidak pergi ke perpustakaan". Kelakar ya! Begitulah juga kes di sini berkenaan yuran majlis makan malam tersebut, usah digembar-gemburkan perkara yang akhirnya mencerminkan kebodohan diri sendiri. Semakin nampak kedangkalannya.
Perkara lain, saya kira sama sahaja seperti entri saya dalam blog sebelum ini. Saranan saya, kepada penulis risalah tersebut, anda berjaya mencerminkan pemikiran dangkal anda dalam seluruh perenggan pertama, dan keseluruhan bahasa yang digunakan.
Tamat sudah Malam Gemilang Sepuluh ke-10 di kota keriangan Genting Highland... saya kira, ia merupakan suatu pengalaman manis terutama sekali apabila kakak saya menyertai jamuan makan malam kolej saya buat pertama kalinya...
Sekilas pandang, penganjuran Malam Gemilang Sepuluh ke-10 tersebut berlangsung dengan jayanya... semua pelajar dapat menaiki bas, semua peserta dapat sampai ke puncak, semua penghuni kolej dapat menjadi penghuni sementara Hotel First World... malah, komen yang diberi oleh kakak saya selaku pihak luar pun memandang penganjuran tersebut sebagai berjaya... tidak dinafikan, jumlah RM120 yang dibayar merupakan suatu nilai yang berbaloi dan murah jika dibandingkan dengan apa yang diperoleh selama 2 hari 1 malam...
Pun begitu, setelah diteliti dengan lebih mendalam, kerancuan yang ada pada Malam Gemilang Sepuluh ke-10 perlu kita teliti demi kebaikan bersama... soal pengangkutan misalnya, memang tidak dinafikan bahawa bas yang disediakan cukup... tetapi penghuni kolej ibarat pelanggan; perlu dilayan dengan baik dan sistematik... sistem ala-ala puduraya oleh jawatankuasa pengangkutan ditambah pula dengan sikap ulat AJK membuatkan pelanggan rasa meluat... apabila salah menaiki bas, maka dimaki hamunlah pelajar-pelajar tersebut oleh AJK.. sepatutnya dalam kes ini, AJK perlu meminta maaf kepada pelajar kerana kurang memberi maklumat sehingga berlaku kesilapan... namun, sebaliknya berlaku apabila AJK dengan bangganya berkata "Siapa suruh you all pergi sana?"... huh?!...
Susunan majlis juga penuh kerancuan... Apabila AJK sendiri tidak tahu bahawa VVIP yang datang ini mewakili perasmi atau tidak, sedangkan nama perasmi asal sudahpun dicetak besar dengan gambar master dan AJK MGS pada backdrop pentas... ditambah dengan kerancuan jeda, intonasi serta sebutan oleh pengerusi majlis yang ditekan oleh pengarah dan penasihat tertinggi protokol majlis ... membuatkan majlis kurang tersusun... keadaan over run yang melampau-lampau, ditambah dengan lighting dewan yang cukup suram dan kelam-kabut dek kerana tiada dry run dibuat sepanjang 6 jam AJK berpesta di dalam ballroom sebelum itu... gimik food presentation tidak menjadi langsung juga adalah akibat daripada rehearsal yang entah ke mana.... namun pujian perlu diberi kepada pengerusi majlis informal kerana saya kira beliau berjaya menjalankan tugas dengan baik... Ya! majlis berjalan dengan sempurna... persoalannya, apakah maknanya mendapat anak jika anda tidak berkahwin? (apakah makna majlis lancar jika tidak mengikut protokol dan pengurusan acara yang betul?)
maka bertebaranlah penghuni kolej ke seluruh kota keriangan, melupakan segala kenderaan yang tidak berpelekat yang telah diclamp dan dikenakan denda (anehnya, ada kenderaan tertentu yang tidak berpelekat tidak pula ditambat?)... jika difikirkan di pihak pelajar, RM 120 merupakan suatu nilai yang berbaloi... namun kolej ini tidak mengukur baju di badan sendiri, kerana jika dihitung subsidi yang diberikan kepada pelajar, sungguh menakutkan...
isu ini tidak tamat begitu sahaja... turunnya pelajar dari Genting, maka naiklah senarai nama yang diterima kolej... dan seluruh blok S2 gegak gempita dengan senarai yang kelakar tersebut... ibarat kera di hutan disusukan, anak si rumah mati kelaparan, pelajar yang mempunyai kredit untuk terus menginap di kolej, ditiadakan namanya dalam senarai... memang hebat panel pemilih kolej, kerana mampu membuat tilikan yang penuh kesilapan dalam melabel pelajar... sikap prejudis mengaburi mata barisan panel untuk bertindak adil... maka segala jemaah surau, AJK MGS, malah wakil aras sendiri tidak mendapat tempat... dikekalkan pula semua penglipurlara dan penari-penari istana... sehingga yang berhak terpaksa merafak sembah menghinakan diri membuat rayuan yang saya kira tidak ada kepastiannya...
Di akhirnya, apakah bebaloi pengorbanan kita dibayar sebegini?... mungkin tulisan saya berbaur sentimen dan kelihatan rebelious... namun, perlulah kita memuhasabah diri kita demi kebaikan bersama...
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriamn dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"
Oleh sebab blog merupakan satu tempat yang bebas untuk saya menulis apa sahaja, maka saya ingin menulis apa yang membelenggu fikiran belakangan ini. Saya sedar, mungkin saya ini bukanlah insan terbaik, tetapi tidak salah jika saya menyuarakan beberapa pendapat dan kritikan demi kebaikan dan menyedarkan semua.
Malam Gemilang Sepuluh (MGS) ke-10 2007 semakin hampir. Sedar tidak sedar, hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk ke Genting H'land Convention Centre. Boleh diibaratkan bahawa MGS adalah kemuncak segala-galanya. Maka, untuk mengelakkan sebarang kontroversi mahupun spekulasi, maka sebarang kecacatan ketara perlu dielakkan.
Malangnya, satu persatu kerancuan didedahkan kepada seluruh penduduk kolej. Sebagai catatan, Saudari Arie Sakinah selaku pengarah MGS telah mempertanggungjawabkan kepada saya sebagai mentor Aturcara & Protokol, dan InsyaAllah saya akan lakukan sedaya upaya. Mungkin Allah takdirkan saya membaca teks emcee yang khabarnya telah diedit oleh pengetua kolej. Menyebabkan saya tidak tidur malam membetulkan kembali 1001 kesalahan yang saya kira tidak boleh dimaafkan langsung (mungkin yang berada di sekeliling saya tahu masalah tersebut). Tentang bahasa yang digunakan, saya tidak boleh berkata apa kerana ini dasar universiti untuk mengagungkan bahasa Inggeris. Pun begitu, adalah lebih molek kiranya diteliti teks yang digunakan kerana ia memalukan kita selaku warga kolej. Belum diceritakan tentang penerima-penerima anugerah yang ibarat 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.
Tidak cukup dengan itu, dikejutkan pula dengan majlis untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjuang mewakili Kolej 10 untuk Festival Seni. Saya kira, saya tidak terkecuali kerana saya menyertainya dan Alhamdulillah rezeki saya untuk memperoleh tempat kedua, mendapat wang tunai RM 400. Bukan niat untuk timbulkan spekulasi, cuma apa yang dilakukan oleh pihak kolej ialah menyekat wang kemenangan tersebut. Pun begitu, biar saya bandingkan pengurusan kolej dengan pengurusan pihak HEP & Alumni UM (di bawah pentadbiran bekas pengetua kolej 10 sendiri). Duit kemenangan yang diperoleh akan dibahagi kepada dua, sebahagian kepada peserta dan sebahagian akan diambil oleh pihak HEP, dengan alasan akan digunakan untuk urusan perbelanjaan di masa-masa akan datang (seperti elaun dan sebagainya) dan duit yang diambil oleh HEP ini akan dimasukkan ke dalam akaun yang boleh disemak oleh pelajar bila-bila masa. Kita lihat apa yang berlaku di kolej? Duit diambil 100%, dengan alasan yang sama. Namun, dapatkah kita melihat ke mana flow duit tersebut? Penganjuran malam tersebut juga penuh kecacatan, walau belum mula majlisnya. Pelajar yang sepatutnya hadir, tidak dimaklumkan awal. Ralat di hati saya, ingin merasa jamuan dan merasai kenangan berkumpul semula, terpaksa dilupakan kerana saya terlebih dahulu berjanji dengan keluarga untuk pulang ke rumah. Maka kempunanlah saya merasai detik-detik manis tersebut.
Satu lagi yang mengecewakan saya, ialah bagaimana tuntutan saya untuk yuran Debat NC yang sunggug mendukacitakan. Sebelum menyertai pertandingan debat tersebut, saya dimaklumkan oleh pihak JKP bahawa kolej menyuruh saya mendahulukan yuran dan kemudian boleh menuntutnya kembali dengan pihak kolej. Lantas, dalam tempoh kurang dua minggu selepas penyertaan, saya menghantar surat tuntutan lengkap dengan laporan pasukan kolej, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh pasukan debat UM setelah tamat sesuatu kejohanan. Malangnya, seminggu masa diambil untuk staf kolej berkata "Ada tak kolej menyuruh awak menyertai pertandingan ini?". Ayat ini telah menghangatkan perasaan saya. Kemudian seminggu lagi masa diambil untuk pihak JKP Kolej membuat reply kepada saya "Ali, pengetua minta penganjur buat surat pengesahan penyertaan awak". Jadi, apa gunanya resit rasmi yang saya kepilkan dengan laporan tersebut. Maknanya, satu kesimpulan boleh dibuat iaitu kerenah birokrasi kolej yang menyulitkan.
Maka di akhirnya, Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi mengecewakan saya. Tulisan di atas hanyalah nukilan saya, mewakili rasa hati saya, mencoretkan kekecewaan saya. Tidak dihimpunkan lagi berapa banyak kekecewaan yang lain. Hendak diharapkan barisan JTK, JKP dan JIK berbuat sesuatu? Jangan impi bulan jatuh keriba. Dan sesekali saya tidak akan berganjak dari kolej ini. Kerana analogi mudah, jikalau kita tidak sukakan pentadbiran negara, perlukah kita tinggalkan Malaysia?
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
Recent Comments