Blog baru

Sekian lama, ingin sekali keluar dari kepompong blog friendster yang terhad ini...
Maka, lawatlah blog saya yang terbaru.

http://aliasyraf.wordpress.com/

Untitled4

                            

Merajuk

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengendahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk? Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja, tidak kira lelaki atau perempuan, tidak kira tua atau pun muda, orang yang besar atau pun kecil, anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai ‘tuan’, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.

Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah? Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Maka untuk mengubatinya, kita perlulah tanamkan sifat-sifat kehambaan. Sifat ini ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak. Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang “menyakiti hati” kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita. Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.

Sifat kehambaan juga ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula...


Wallahu a'lam........

 

 

Angkasawan Malaysia

Banyak respons yang saya baca tentang program angkasawan malaysia baru-baru ini. Dengan menaiki Soyuz TMA-11 dan kembali ke bumi menaiki Soyuz TMA-10, Alhamdulillah Dr Sheikh Muszaphar Syukor telah berjaya menjadikan misi tersebut suatu kenyataan.

Soyuz_tma11_patch Sejarah ini juga mencatatkan bermulanya era baru dalam penerokaan angkasa lepas bagi sebuah negara kerdil dalam bidang ini seperti Malaysia. Terima kasih daun keladi diucapkan kepada Roskosmos dan NASA atas kerjasama dan bantuan yang diberikan kepada kedua-dua Dr Sheikh Muszaphar dan Kapt Dr Faiz, dan juga siaran langsung oleh NASA yang dipetik oleh Malaysia terutamanya di saluran 588 Astro. Juga syabas kepada Malenchenko dan Whitson kerana berjaya mengemudi Soyuz TMA-11 dan menjadi komander ISS wanita pertama, kerana anda sebahagian sejarah perkembangan Sains & Teknologi di Malaysia.

Namun begitu, bukan itu yang saya ingin utarakan. Setelah membaca blog khairulnizambakeri berkenaan Angkasawan Malaysia Bodoh oleh Backman, sedikit demi sedikit saya berasa sangat dukacita.

Dr_sms Benar kata Khairulnizam, banyak yang perlu kita pertimbangkan. Namun, saya sebagai bakal guru di masa akan datang lebih melihat program angkasawan ini bukannya suatu anjakan besar untuk Teknologi negara, bukan juga politik untuk menaikkan nama negara semata-mata, tetapi menjadi Inspirasi kepada masyarakat Malaysia, itu saya kira yang paling penting.

Soyuz Harakah juga turut berkata, kita bazirkan duit semata-mata untuk menguji yoyo dan gasing. Perlu diingat, eksperimen yoyo dan gasing dibuat, kemudian dipancarkan secara langsung di hadapan sekumpulan pelajar di Pusat Sains Negara. Untuk apa melainkan menarik minat pelajar terhadap sains. Malah, ada juga yang kata kita tidak perlu menghantar angkasawan kerana teknologi kita masih tidak mampu menghantar roket. Persoalannya, adakah kerana kita tidak mampu membina roket, kita tidak perlu menghantar angkasawan atau melancarkan satelit? (memetik kata-kata Datuk Dr Mazlan Othman)

Exp16 Memang tidak dinafikan, belanjanya cukup besar, iaitu hampir RM 100 juta. Perlu diingat, faedahnya juga besar. Sebagaimana yang saya katakan, program ini memberikan semangat dan suatu anjakan kepada masyarakat. Rata-rata rakyat Malaysia kini mula sedar tentang kewujudan ISS, malah ada yang sudahpun memahami tentang kapal angkasa Soyuz TMA itu sendiri. Bagus bukan? Inilah yang saya katakan, memberi inspirasi dan semangat.

Biarlah seluruh warga politik tanahair, khususnya di Harakah (maafkan saya kalau ada yang tidak bersetuju) asyik-asyik mengatakan tentang keburukan program ini, dengan merujuk kepada pembaziran semata-mata. Kerana itulah, golongan yang diberi peluang untuk berbicara dalam tempoh singkat sepuluh minit tatkala ISS melintasi Malaysia di orbit 16 ialah sekumpulan pelajar sekolah rendah, bukannya Azamin Amin (penulis artikel di Harakah) mahupun Backman sendiri.

Smsdiiss Di akhirnya, jangan burukkan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar dan Agensi Angkasa Lepas Malaysia. Ingatlah, kejayaan pelancaran satelit Sputnik 1 dahulu bukan sekadar kejayaan penerokaan teknologi satelit, tetapi jauh daripada itu, menjadi titik permulaan kepada pendidikan Sains di seluruh dunia terutamanya di Soviet dan Amerika Syarikat. Mungkin, kejayaan program angkasawan ini juga sebagai suatu permulaan kepada era baru Sains dan Teknologi negara tercinta.

Kecerdasan Pelbagai : Kenali diri anda

Howard Gardner telah menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai kecerdasan pelbagai (multiple intelligence) yang mana setiap manusia menguasai aras tertentu dalam kecerdasan tersebut dan ini akan menghasilkan satu profail yang unik dan menjadikan setiap manusia itu berbeza dari aspek kognitif, afektif dan psikomotornya. Aspek kecerdasan tersebut ialah :

  1. Linguistik
  2. Logik-matematik
  3. Ruang (spatial)
  4. Kinestetik (body-kinesthetic)
  5. Muzik
  6. Naturalis
  7. Interpersonal
  8. Intrapersonal

Yang paling penting ialah kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan perbaiki apa yang lemah demi kebaikan diri sendiri dan manfaat orang lain kerana sebaik-baik manusia ialah yang membawa manfaat kepada orang lain.