Blog baru

Sekian lama, ingin sekali keluar dari kepompong blog friendster yang terhad ini...
Maka, lawatlah blog saya yang terbaru.

http://aliasyraf.wordpress.com/

Untitled4

                            

Debat Perpaduan : The moral of the story...

Setelah tamat edisi Debat Diraja 2007, terus memulakan latihan untuk Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2007 yang diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan.

Unity Saya berpeluang mengemudi pasukan, diletakkan bersama-sama orang pendebat muda iaitu Mohd Shahid (asasi), Shen Yee Aun (tahun 1) dan Luqman Hakim (tahun 1). Terima kasih kepada konsultan terhormat UM, En Azizul Hakim atas kepercayaan mengemudi pasukan muda yang saya kira jarang dilakukan oleh mana-mana pendebat tahun ke-4 seperti saya.

Atas kepercayaan tersebut, harapan saya cukup besar; menjengah ke pentas final. Namun, saya harus akur dengan takdir dan kesilapan diri sendiri kerana gagal ke pentas perdana, sekadar menamatkan perjuangan di pusingan separuh akhir.

Pengajaran paling berharga yang saya peroleh ialah sesungguhnya usaha sesama ahli (teamwork) adalah asas kepada kejayaan sesuatu pasukan. Pasukan perlu seimbang, ada sefahaman dan elakkan permasalahan.

Teguran untuk mana-mana pendebat, baik UM mahupun universiti lain, setiap kemenangan perlu dilihat sebagai kejayaan bersama, walaupun anda acapkali diiktiraf sebagai pendebat terbaik perlawanan. Kekalahan pula dinilai sebagai kesilapan bersama yang harus dimuhasabah agar pengajarannya dapat dicontohi oleh orang lain. Ingat! Orang yang pandai ialah orang yang belajar daripada kesilapan, dan orang yang bijak pandai ialah orang yang belajar daripada kesilapan orang lain.

Juga buat adik-adik juniorku yang baru menapak di arena perdebatan, ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Sesungguhnya, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Sekalung tahniah buat kalian atas usaha bersama kita, meletakkan pasukan kita di tangga teratas liga, membawa pasukan ke separuh akhir dan meletakkan diri sebaris dengan pendebat lebih berpengalaman merupakan kejayaan buat kalian.

Buat pendebat muda IPT (terutamanya UM), banyakkan belajar dari pengalaman. Jangan takut untuk kalah, jangan ghairah untuk menang, kerana kekalahan menguatkan dan kemenangan bisa melemahkan. Allah itu Maha Adil. Rezekinya luas dan berpadanan dengan usaha kita, InsyaAllah.

Buat yang bertanggungjawab, pikul dan galas amanah anda sebaik mungkin. Jangan dibuat sambil lewa, pabila gagal menuding jari dan melepaskan diri. Ingat bahawa segala amanah yang anda pikul akan dipersoal kelak, baik oleh Tuhan mahupun sesama manusia.

Buat rakan, kawan, juga sahabat, kelmarin yang luput manjadi kenangan, semalam yang hilang menjadi suatu memori dan pengalaman, yang ada cuma hari ini, kerana esok belum pasti milik kita, sedangkan satu minit berlalu akan pergi buat selamanya. Perjuangan bersamamu akan terpahat seumur hidup, biar perit jerih dan manisnya bercambur-baur, kerana itulah yang menjadi rencah kehidupan.

Buat kesemuanya, marilah sama-sama kita memupuk semangat perdebatan yang tinggi. Buangkan sengketa, elakkan hasad, semaikan persaingan sihat dan kerjasama antara satu dengan lain harus dipertingkat, demi memastikan arena perdebatan IPT terus gemilang.

Definisikanlah kesilapan sebagai pengalaman, ia akan mengajar kita...

Merajuk

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengendahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk? Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja, tidak kira lelaki atau perempuan, tidak kira tua atau pun muda, orang yang besar atau pun kecil, anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai ‘tuan’, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.

Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah? Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Maka untuk mengubatinya, kita perlulah tanamkan sifat-sifat kehambaan. Sifat ini ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak. Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang “menyakiti hati” kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita. Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.

Sifat kehambaan juga ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula...


Wallahu a'lam........

 

 

Debat Diraja 2007

Sudah setahun sejak post saya yang lepas mengenai Debat Diraja 2006.

Kini, Pertandingan Debat Diraja 2007 sudahpun melabuhkan tirainya. Gelaran naib johan yang disandang oleh pasukan UM (Utama) amat disyukuri, walaupun gagal mempertahankan kejuaraan.

Benar, banyak yang saya pelajari dalam edisi debat diraja kali ini. Pendebat tidak boleh hadir dengan otak yang kosong. Subjek perdebatan serta isu untuk penghujahan perlu dikuasai agar perdebatan berlangsung secara intelek dan bukannya atas retorik semata-mata. Itulah kelemahan yang saya kira perlu untuk diperbaik untuk kejohanan akan datang.

Img_5902 Pengalaman digandingkan dengan Zul Fadhli dan Haris Mohd Ghazali (untuk kali pertama dan terakhir) merupakan pengalaman yang bermakna. Juga pertama kali diletakkan di posisi pendebat pertama sepanjang kejohanan memberi satu paradigma dan tanggungjawab baru untuk digalas. (Baru saya tahu betapa sukarnya tugas ini berbanding menjadi pendebat ke-2). Terima kasih pada Otel kerana pimpinan ke atas team berjaya ke pentas final untuk kali ke-n dan kepada Haris, sebagai newcomer dalam debat intervarsiti, anda sangat bagus. Selepas ini, tumpukan pada buku, jadikan debat sebagai kenangan terindah yang tidak akan dilupa sepanjang hayat.

Img_5875edited_1 Kepada yang lain, terima kasih daun keladi saya ucapkan. Buat Azizul, Azerai n Hasril, kalian amat bermakna buat kami. Pada yang lain; John, Dayat, Shen, Acap, Shahid, Shahril, Mazuin, Zati, Luqman, Zahid dan Fairus, terima kasih kerana menerima orang tua ini dengan baik sekali. Ingat pada anugerah yang kita kecapi pada malam tersebut, amat sukar untuk mencapainya, lagi sukar untuk mengekalkannya. Maka tanggungjawab yang anda pegang amatlah besar sekali.

Buat keluarga; ibu, ayah dan semuanya, terima kasih atas doa anda.

Muzikal P. Ramlee

Muzikal_p_ramlee 3 Nov 2007, saya berkesempatan menonton P. Ramlee The Musical di Istana Budaya. Terima kasih kepada Abang Azerai dan kawannya atas ihsan mengundang saya untuk menonton pementasan yang hebat katanya. Apa yang lebih besar, impian saya tercapai juga akhirnya untuk menjejakkan kaki di Istana Budaya dalam tempoh pengajian di Universiti Malaya selama empat tahun.

Apa yang menambat hati saya ialah muzik pementasan itu sendiri. Chamber orchestra yang ditampilkan cukup memukau, dengan susunan muzik hebat oleh Erwin Gutawa menjadikan kumpulan pemuzik tersebut seolah-olah ia adalah a full size symphony orchestra. Kadangkala muzik diselangi unsur crescendo yang menarik menyebabkan saya tehibur dengan muziknya.

Attempt Gutawa untuk mencipta beberapa muzik tema sangat menarik, manghampiri kejayaan John Williams yang mencipta 1001 tema yang cukup sinonim dengan filem atau unsur tertentu. Dengar sahaja muzik, kita sudah boleh kaitkan dengan sesuatu watak. Lagu perlahan Dato' Siti Nurhaliza atau rancak muzik Infinatez misalnya cukup menggambarkan perwatakannya di pentas.

Tidak seperti John Ottoman yang mengadaptasi muzik John Williams untuk Superman Returns, Gutawa lebih berminat mencipta muzik tema baru yang lebih segar, namun menarik. Sekali-sekala diselit dengan lagu asal P.Ramlee seperti Gelora membuatkan pementasan muzikal ini tidak perlukan visual untuk dihayati.

Props? Tak terjangkau dek akal. Keretapi, adegan menonton wayang dan persembahan Saloma adalah antara yang saya minati.

Keseluruhannya, sebagai seorang penggemar muzik, saya memang tabik spring dengan usaha keras pasukan muziknya. Kalau dirakam dan diadun dengan baik, ia akan menjadi jauh lebih hebat daripada The Bolshoi Ballet Orchestra of Tashkent yang merakamkan lagu instrumental P.Ramlee sepuluh tahun lepas, menjadikannya satu masterpiece yang akan diingati sehingga bila-bila.

Pulang ke sekolah...

Shahpekan_4 22 Nov 2007, saya berkesempatan untuk kembali ke bekas sekolah saya yang tercinta. Atas undangan Miss Ann, majlis sambutan raya yang disifatkan sederhana tetapi meriah telah saya hadiri. Tujuan utama, berjumpa kembali dengan guru-guru lama yang telah banyak mengajar diri ini tentang erti kehidupan yang sebenar.

Nametag_shah Hati rasa gembira bertemu dengan semua guru, ramai juga yang masih mengajar di sana. Lawatan ke kawasan sekitar sekolah juga sedikit demi sedikit menyebabkan kotak memori saya seakan dibuka dan ibarat wayang; terpapar satu demi satu. Teringat zaman dahulu; seorang pembahas, suka bernasyid, pengawas yang pemalas, tidak rajin belajar di kelas prep, itulah dia Ali Asyraf. Huhu...

Namun, sebagaimana biasa, perubahan telah berlaku. Budaya pelajar amat berbeza. Agak kesal juga, namun kita tidak mampu mengelak daripada perubahan. Cuma biarlah ke arah yang lebih positif.

Tekad saya, suatu hari nanti, saya ingin kembali ke tempat yang mana telah banyak mengubah hidup saya. Bukan sebagai pelawat semata-mata, tetapi sebagai seorang warganya. Amin. Moga impian akan tercapai.

Mock Trial

Mocktrial Malam semalam (5 Sept 2007), saya berkesempatan untuk menghadiri Mock Trial di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya. Merasakan diri masih kurang ilmu dalam selok-belok perundangan ini, maka pergilah menonton bersama-sama rakan yang lain (Norfaizal, Hidayah, Balqis, Sarah, Kak Cik, bf Kak Cik (sape nama ek?)). Walaupun saya menyedari bahawa mock tersebut merupakan ala-ala lakonan teater di Panggung Sari Istana Budaya, namun sedikit sebanyak telah memberikan ilmu dan input yang berguna.

Mock trial berlangsung kurang lebih 2 jam berkisar tentang perbicaraan tentang dakwaan seorang hamba Allah ini terlibat dengan rompakan bank. Bagi saya, kesemua peserta mock ini memberikan persembahan baik namun lawak-lawak yang diselitkan dalam persembahan tersebut hanya boleh difahami oleh orang-orang tertentu sahaja.

Keseluruhannya, sangat baik. RM2.50 yang berbaloi. Jangan ketinggalan...

Ketenangan, Kemerdekaan, Kenangan

Hmm... setelah sekian lama tidak menaip dalam blog ini, ada juga mood dan idea untuk menaip... sehingga saya tidak tahu di mana hendak bermula...

Dizoo_2 Well, pada 24-25 Ogos yang lepas, keluarga orator Universiti Malaya telah mengadakan percutian yang bertemakan Berlari Mencari Ketenangan di Melaka. Selama dua hari dua malam (kerana hari jumaat, kami sampai pada jam 9.30 malam). Aktiviti yang dirancang? Makan ikan bakar di Pengkalan Balak, ronda-ronda Ayer Keroh, aktiviti tepi pantai, Karaoke dan BBQ, serta perlawanan bowling di Mahkota parada. Rasanya, tidak perlu ditaip semua aktiviti di sini, kerana anda boleh membacanya di Azerai's blog. Apa-apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua; Abg Hasril, Abg Azerai, Abg Zizul (warga emas yang prihatin), Otel (thanks sebab bagi support), John & Nanu (bile nak kahwin?! haha), Zati & Zami (sporting gak!), Acap & Zahid (Thanks & Sori).

Bapi 31 Ogos 2007, sambutan kemerdekaan ke-50 Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, saya juga tidak mahu ketinggalan untuk merasai kermeriahannya. Lantas, atas ajakan Amir Ramzani, kami bersepakat untuk ke Putrajaya bersama-sama Jej Ida Mal dan Sob. Kami tiba di sana pada jam 10.30 malam, sanggup berjalan kaki sejauh 1.6km semata-mata untuk memperoleh kedudukan terbaik menonton persembahan bunga api. Tepat jam 12 malam, bermula pertunjukan bunga api oleh pasukan dari Jepun yang saya kira antara persembahan bunga api tercantik yang pernah saya saksikan.

Pada keesokannya pula, saya berkesempatan berjumpa dengan sahabat-sahabat lama di Bandar Baru Bangi. Thanks to Poji, Mat, Amir  & Zamir. At least, hilang gak busan and terubat kerinduan dengan korang... haha...

Bila lagi leh cenggini?

Pengalaman

pelbagai perkara berlaku sepanjang cuti... suka, duka, menangis, ketawa dsb... sehinggakan saya tidak berkesempatan untuk membuat update di blog ini...

Saya mulakan kisah lama semasa saya melangkah ke pertengahan cuti semester saya... well, pada masa itu, kolej saya mengadakan Kem Kepimpinan di Tasik Kenyir, T'ganu... well, to be honest, dengan harapan menggunung, saya ingin turut serta pergi ke kem tersebut... namun, mungkin suratan takdir sudah ditetapkan, saya tidak diterima untuk ke kem tersebut... rasa kecewa (atau dengan kata lain, frust menonggeng) menyelubungi diri... lantas, dengan hati yang kecewa bangat, saya pergi ber'cuti' di Sek Men Sains Kota Tinggi untuk menyaksikan Pertandingan Bahas BM sempena HKSBP... seronok gak dapat berjumpa juniors, cikgu, kawan-kawan debat dsb... walaupun SHAH Pekan kalah, namun saya gembira kerana dapat melupakan kesedihan kerana tidak dapat ke Kenyir Lake....

espisod kesedihan tidak tamat begitu sahaja... kemuncak frust menonggeng ialah apabila Bukhari memberitahu yang saya tidak diterima oleh pihak kolej untuk menjadi Pembantu Mahasiswa... huhu... saat itu, kesedihannya hanya Tuhan sahaja yang tahu... rasa tidak dihargai, frust, marah, bosan dan sebagainya bercampur-baur dalam diri membuatkan saya hilang arah buat seketika... pelbagai andaian saya lakukan kepada Kolej 10 UM (atau lebih tepat, andaian terhadap Pengetua Kolej 10 UM) atas alasan mengapa permohonan saya ditolak... saya kira, detik gagal menjadi PM itulah yang menyebabkan hilang minat untuk menaip sesuatu dalam blog...

Tetapi, rezeki Tuhan itu cukup besar dan adil... saya telah mengambil keputusan untuk menyertai Pertandingan Debat Kepenggunaan (a.k.a Debat FOMCA) di Uniten, Bangi... namun, dugaan tetap ada... tatkala saya bergelut dengan keyakinan diri sendiri lantaran terlalu kecewa, ditambah pula dengan ketiadaan teammate semasa latihan atas tugas dan keuzuran, diburukkan lagi dengan terpaksa mencari teammate baru kerana Azri tidak dapat memberikan komitmen, Alhamdulillah, Allah tetap memberikan kemenangan sebagai anugerah dan pengajaran kepada diri ini... well, thanks a lot to all especially yang terlibat sepanjang latihan debat FOMCA...

setelah itu, bermulalah tugas saya pula untuk menguruskan Debat BM sempena Minggu Haluansiswa (MHS)... well, seronok sangat dapat bekerja dengan Bahagian HEP & Alumni UM... thanks a lot Pn Fiza n Kak Nor... dan sepanjang haluansiswa tersebut, saya berkesempatan untuk lakukan apa sahaja yang saya sukai, termasuk pergi menonton Perlawanan Akhir Bahas BM PPM di Putrajaya... agak sedih, kerana untuk dua edisi final lepas, saya hadir sebagai penyokong, namun pada tahun ini, saya hadir sebagai penonton sahaja... namun, tetap gembira kerana saya berkesempatan menyaksikan perlawanan yang berkualiti...

Maka di akhirnya, saya dapat rumuskan bahawa cuti ini berlangsung dengan jayanya... ya, saya tidak nafikan yang kesedihan dan kekecewaan yang melanda diri ini sedikit sebanyak membentuk memori hitam buat saya... namun, kegembiraan dan keseronokan sepanjang cuti ini membolehkan saya tersenyum sendirian...

Cuma, apa yang saya ingin dapat masih belum terlaksana... mungkin tidak akan menjadi realiti barangkali...

Cuti

Sekian lama saya tidak mencoretkan sesuatu dalam blog saya ini. Kekangan masa dan kemudahan internet menyebabkan saya tidak dapat membuat apa-apa entri baru selama kurang lebih sebulan.

Sedar tidak sedar, tahun ketiga pengajian saya di Universiti Malaya sudahpun berakhir. Semester 2 sesi 2006/2007 melabuhkan tirai dengan tamatnya kertas saya pada 27 April lepas. Sejak dari itu, bermulalah cuti semester saya yang saya kira mungkin akan mencatatkan sejarah tersendiri.

Cuti bermula dengan projek Sirih Pulang ke Gagang IV (SPKG) di Kg Tehel, Melaka. Sepanjang tiga tahun saya berada di Universiti Malaya ini, saya kira buat pertama kali saya menyertai sebuah projek Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) yang sebagaimana biasa akan memberikan peluang merasai suasana hidup yang berbeza. Aktiviti yang dijalankan? Hmm... Sesi motivasi pelajar sekolah, senamrobik, gotong-royong, sukaneka, malam kesenian, lawatan dsb mengisi jadual sepanjang SPKG kelolaan Kelab Rakan Motivasi (KRM) ini. Pelbagai coretan menarik yang saya catatkan sepanjang SPKG ini termasuklah

  1. Tiba lewat ke Kg Tehel iaitu 10 mlm sedangkan sudah 12 jam peserta lain memperoleh keluarga angkat masing-masing.
  2. Sepatutnya menjadi fasilitator untuk pelajar SPM, malangnya dibatalkan kerana kurang sambutan. Akhirnya, hanya membuat kacau sahaja di program motivasi UPSR.Sengal, kan?
  3. Secara berjemaah membuat senamrobik di rumah bersama-sama Bukhari dan Faiz. Apalagi, ramai yang perli dan tuntut untuk buat poco-poco. Kami pula, buat muka tak bersalah.
  4. Yati adalah antara peserta paling mendapat perhatian baik termasuk dari orang kampung. Antara lain, kata-kata ”bola kita” akan sentiasa diingati.
  5. Malam persembahan? Buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun, saya kembali membuat persembahan nasyid. Nostalgia di sekolah dan matrik kembali semula.
  6. Saya telah bermain pantun dondang sayang dengan Nek Alan di rumah orang-orang tua di Cheng. Malang sekali, ketika hendak pulang, saya tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
  7. Sungguh istimewa kerana saya, Bukhari dan Faiz mempunyai lebih daripada satu mak angkat (orang lain jangan jealous yek)
  8. Kebetulan, rumah saya berteduh merupakan rumah yang sama peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2007 menikmati juadah tradisional masakan Mak Ngah. Kiranya, saya menikmati masakan paling sedap di Kg Tehel.
  9. Hari terakhir sangat memilukan. Sedih untuk melangkah pergi, harap dapat menjejakkan kaki, buat kesekian kali, di lain hari.
  10. Memperkenalkan istilah baru ; ”Benchot”

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK SPKG IV yang bergitu rajin, buat rakan serumah (Bukhari dan Faiz Hope), best giler duduk situ; buat bebudak nasyid (Bad Kimi, Sob, Azizi, Azwan, Zainal, Zuhair, Syamsul), terima kasih sebab beri aku peluang untuk join korang; buat Maisarah, thanks a lot; yang lain, Nuar, Hisham, Abg Teh, Aishah, Yati dll, thanks a lot sebab menerima diri ini yang sengal. SPKG IV, akan tetap diingati.

Selepas SPKG, saya banyak menghabiskan masa bersama-sama bebudak first year, tu yang rasa muda kejap! Di bilik Bad Kimi jek, macam-macam movie kitorang layan, tapi kekadang tu syahid gak la, tertidur semasa menonton. Niat hendak bermain boling terbantut, sedar tidak sedar dah tiba masanya untuk balik semula ke Johor Bahru. Memang sedih rasanya hati semasa makan malam di Mamak Place SS14 kerana mungkin selepas dua bulan, baru dapat nikmati suasana seperti itu. Well, thanks Zuhair, Azizi and Bad Kimi sebab join kitorg (Ali, Bukhari and Nuar) makan coz selepas itu memang kitorang chow balik JB. Selepas hantar motosikal Bukhari, pukul 12 kami tinggalkan Bandaraya Kuala Lumpur. Pukul 6 pagi barulah tiba di JB.

Di rumah, tiada apa yang menarik (inilah yang saya tidak suka kalau berada di rumah). Menonton Spidey 3 bersama-sama Anuar, jalan-jalan @ Danga Bay. Pun begitu, pada tanggal 16 Mei lepas, seorang rakan kepada emak saya (merupakan adik-beradik Tan Sri Mohamed Rahmat) telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Dan di sebalik kematian tersebut, saya mendapat seorang sepupu baru pada petang hari yang sama!

Di akhirnya, permulaan cuti semester kali ini adalah indah. Ikatan dan kenangan bersama-sama rakan sekolej memang utuh dan indah. Tidak kira junior-senor, fakulti dan latarbelakang kenegerian sekalipun. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, jauh lebih menyeronokkan daripada bersama-sama rakan seperjuangan debat, penuh dengan cemburu, selfish, adu domba, tinggi diri, hipokrasi yang kadangkala membuatkan diri saya lemas. Pun begitu, digagahkan juga demi cita-cita. Kesimpulan ini telah lama saya buat, dan kebenarannya semakin terserlah.

Diriku Pasca Debat Perdana Integriti 2007

Kalau diikutkan hati, ingin sahaja ulang and betulkan apa kesilapan yang telah dilakukan... tetapi, sejarah tetap sejarah yang akan meninggalkan kita... yang lebih penting ialah bagaimana kita belajar dari kesilapan tersebut..

Debat Perdana Integriti 2007 membuka lembaran karier debatku untuk semester ini... dan dengan satu gandingan baru, kecuali Zulfadhli... dua lagi, John dan Danial menggalas tugas yang cukup besar, mengekalkan kejuaraan yang dilakar oleh Zulfadhli dan Danial pada tahun lalu...

Tempoh yang pendek, sejak 13 Julai 2006 hingga 2 Februari 2007, tidak sampai setahun pun UM memegang gelaran johan, the cup is back for grab.... well, ketiadaan Zulfadhli pada hari pertama agak memeritkan... dengan melayan seorang teammate junior yang sengal... dan seorang teammate senior yang sengal gak... last-last, yang di tengah pula yang dikuasaduakan kesengalannya... Alhamdulillah, tanggungjawab berjaya dilunaskan... 3 kemenangan ke atas UMS, MMU dan UIAM membolehkan diri ini menarik nafas lega... pun begitu, hanya dua sahaja kemenangan diperoleh pada hari kedua (ke atas UKM dan UPM) ... sori la korang, aku kurang sihat la petang tu... hehehe...

Pusingan kalah mati, juga sangat getir... menentang pasukan UKM dan UIAM yang saya kira punya kekuatan tersendiri... Alhamdulillah, berjaya melangkah ke pusingan akhir, namun kejuaraan dinafikan oleh pasukan UiTM yang memang tiada taranya...

Di kesempatan ini, jutaan terima kasih diucapkan pada Ibu and Ayah... kerana restu kamulah, anakmu berjaya mencatat pencapaian... thanks gak utk kaklong sebab dtg bagi sokongan... juga pada teammate; Otel, Danial dan John... terima kasih bebyk... pada senior; Azizul dan Ijan, itu sahaja yang tercapai dek akalku... pada yang lain, thanks atas sokongan... penghargaan juga buat sahabat-sahabat di UPM yang beri sokongan mahupun yang just dpt jumpa jek; Siti Dahlia bte Mohd Rosle, Siti Fatimah Joharry, Hisam, Johari Jalinas, Khirol (aku tak sempat jumpe ko), Saiful Nizam, ntah sape lagi ek... kepada roomate, M.Bukhari yang sengal dan benchot, tq sebab melayan kesengalan aku untuk chatting time aku di UPM... buat rakan seperjuangan, debaters IPT seluruh M'sia, trimas atas segalanya...

cuma setelah balik dari UPM, rasa macam ada yang tak kena... rasa macam ade orbital separuh penuh pada diri ini yang minta diisi... hmmm... rasanya, belum tiba masanya... cukup sekadar bersyukurlah dengan apa yang ada...

Sepurnama Sem 2 06/07

Sebulan pertama semester 2 sessi 2006/07 telah berlangsung... warna-warninya telah terlakar atas kanvas hidupku yang memang telah sedia berwarna-warni dengan pelbagai corak.

first of all, nak citer pasal FeSeni Universiti Malaya... tahun ni merupakan penampilan keempat dalam feseni dan kedua untuk kategori Nyanyian Irama Malaysia.... well, dapat disimpulkan di sini yang memang menyanyi di pentas DTC merupakan satu pengalaman yang menarik... and satu lagi yang tidak dapat dilupakan ialah peristiwa terlupa lirik... disaster tahap dewa la masa tu... apalagi, kemahiran berdebat digunakan, namun dalam situasi ini menjadi kemahiran menggoreng lirik... ala, Jaclyn Victor pun terlupa lirik time final Malaysia Idol, tapi leh aje dapat juara... huhuhu... so, nak ucapkan terima kasih kat Syuk coz beri panduan dan peluang untuk menyanyi malam tu...

selesai pasal nyanyian... kita buka cerita pasal karnival CCTAZ plak... well, boleh la dikatakan berjalan dengan lancar walau terdapat kecacatan di sana-sini... trimas la wan nazirul sebab sabar jek dengan kerenah aku... yang pemalas lagi membencotkan ini... sori la ek... buat Wan Fairus Zahiah, kata-kata saya mungkin terlampau... tapi tak terlampau jika kata-kata saya itu memang benar pada masa dan keadaan tersebut kerana memang sikap dan perangai anda pada masa itu amat menjengkelkan... overall, karnival di tahap okay...

padal debat plak... well, arituh ade sedikit konflik... sama ada nak pegi Kuantan (dengan family) and pegi Debat PIN... well, memang asalnya nak ikut family ke kuantan... tapi, setelah dipertimbangkan, berubah plak niat dan kehendak... lantas memilih untuk pergi menyertai debat... and nak dijadikan cerita, my sister tak jadi plak pegi kuantan... so, memang langkah kanan la...  lepas debat PIN, debat ASTAR plak... nak tebus semula kekecewaan ASTAR tahun lepas... pasti nak lebih baik dan lebih jauh lagi daripada sekadar quarter final...

tentang hidup?... hmm... dapat disimpulkan yang semakin bahagia dan semakin tidak bahagia... jadi mcm statik jek walaupun banyak perkara berlaku... tapi, tak mengapalah.. Tuhan itu maha Adil... biar nampak kekurangan dan kekosongan di hati ini, asalkan jangan hilang perasaan syukur dan menghargai dengan apa yang aku ada... wahai Ali Asyraf, sungguhpun sedih, gembirakanlah hati la yek... huhuhu...

well, banyak benda nak buat lepas nih... doakanlah yek...

Diriku Pasca Tahun 2006

Saya petik kembali apa yang telah ditulis di blog ini setahun yang lalu...

lembaran baru tahun 2006 aku nak buka dengan hidup baru... hidup makin matang, makin banyak cabaran dan dugaan... last year aku mulakan tahun 2005 dengan sangat seronok... aku rasa, tahun nih pun musti banyak benda yang akan berlaku yang akan merubah diri aku... walau kekadang kite tak sukakan perubahan, tp ia akan tetap berlaku...

dan saya akui memang tahun ini memang membawa seribu kenangan yang manis dan pahit...

Cameron Januari 2006, keseronokan yang paling bermakna ialah apabila saya sekeluarga pergi ke Cameron H'lands... saya kira, ini adalah percutian paling bermakna... kemudian pada Februari 2006, berangkat ke Arau untuk menyertai Debat Terbuka Arau 2006... pentas final pertama untuk diri saya sepanjang karier sebagai pendebat di universiti ini... tidak dilupakan pengajuran Debat Naib Canselor antara kolej kediaman Universiti Malaya di Kolej ke-9.... Astarmalah, kenangan menyertai Pop Band sempena FeSeni juga mencatatkan seribu kenangan manis buat diri saya... terima kasih atas peluang yang diberi... kemudiannya meneruskan kehidupan di bulan Mac dengan menyertai Debat Terbuka ASTAR... bersama-sama Nizam dan Bida yang sekadar layak ke suku akhir... namun ia tetap pengalaman manis sebenarnya....

Uia Masuk ke suku tahun kedua, pergi menjadi hakim di Debat Piala Jemputan UIA... kenangan yang manis dengan pelajar dari SHAH dan sekolah-sekolah yang lain...

kemudiannya bercuti selama 2 bulan lebih dengan konflik keluarga yang teruk teramat sangat... huhuhu... cuti juga diisi dengan menyertai kem BTN untuk PM PM kolej bagi pengambilan pelajar baru.... kemudiannya pada bulan Julai, pelajar baru mendaftar dan saya menjalani minggu Haluansiswa sebagai Pembantu Mahasiswa... juga diadakan pada masa itu ialah perlawanan akhir Piala Perdana Menteri yang melibatkan SHAH....

Kalendar debat sessi 2006/2007 bermula dengan Pertandingan Debat Alam SekitarDas_1 2006 di USM yang mana menyaksikan pasukan Universiti Malaya yang diwakili oleh Ijan, saya dan Otel menduduki tempat kedua... bagi saya, ia suatu permulaan yang baik walaupun hakikatnya amat perit untuk menerima kegagalan bergelar johan...


ArkibOgos, bulan sambutan kemerdekaan... lantas, diadakan Pertandingan Debat Kemerdekaan 2006 di Universiti Malaya... well, I've chosed to be the organizing comittee.... sekali lagi pasukan UM menduduki tempat kedua dalam debat tersebut (untuk catatan, UM diwakili Ijan, Bukhary, Fifi dan Otel)....

 

Royal_1 September dijalani dengan kehidupan biasa tanpa sebarang aktiviti yang luar biasa... begitu juga dengan ramadhan... namun, kenangan manis yang tidak dapat dilupakan ialah apabila menjadi Johan Petandingan Debat Diraja 2006 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).... terima kasih kepada yang berkenaan atas peluang yang diberi.... juga menyertai Debat Kefahaman Islam anjuran IKIM dan juga percubaan mencipta rekod Debat 100 jam tanpa henti....

Di akhir catatan ini, dapat disimpulkan bahawa memang tahun 2006 membawa pelbagai kenangan yang mengubah diri ini... paling bermakna, saya semakin tahu... Siapakah diri ini?.... Apa potensi diri?... dan kemudiannya lebih mengenali orang-orang di sekitar saya....

Diharap tahun 2007 ini turut berwarna-warni dengan pelbagai lagi pengalaman berharga... harapnya agar aktiviti tahunan tidak bersifat seperti suatu rutin...

Di sini bermula....

Diriku Pasca Debat 100 Jam Tanpa Henti

Debat_100_jam_8 Alhamdulillah... berkat kesabaran dan ketabahan baik penganjur (UiTM dan DBP) mahupun peserta, maka rekod Debat BM tanpa henti telah dicatatkan pada 23 Disember lalu dengan catatan 100 jam 10 minit 44 saat...



Debat_100_jam_35_1 bagi saya, pengalaman menjadi sebahagian daripada rekod kebangsaan dan rekod dunia merupakan satu kepuasan berganda... pertama, dpt menyumbangkan secebis jasa untuk catatan rekod... kedua, berdebat (mmg suatu hobi yang disukai)... ketiga, yang paling mengasyikkan, berborak dan menghabiskan masa bersama-sama semua peserta, termasuk pendebat IPT, sekolah dsb...

Debat_100_jam_11_1 tentunya, pengalaman beramah-mesra dengan semua peserta mmg menyeronokkan.... almaklumlah, dalam dunia debat ni, siapalah Ali Asyraf jika dibandingkan dengan nama-nama besar seperti Azizul, Kaloi, Tra, Ijan (sekadar menyebut beberapa nama)... pun begitu, Debat 100 jam ini kelihatan seperti tiada jurang senior-junior mahupun pendebat establish-amateur...

Debat_100_jam_16 kepada jawatankuasa penganjur, sekalung tahniah diucapkan... huhu... sepanjang Debat 100 jam, terharu melihat AJK memastikan aktiviti berjalan lancar... walaupun sekadar bertanya "dah makan?"... huhuhu

juga terima kasih tak terhingga pada ibu and ayah coz beri keizinan untuk join Debat 100 jam ini....

bilakah dapat dikecapi lagi?

My 21st birthday....

Birthday_21_005 14 Nov 2006... untuk kali ke-21, aku menemui kembali tarikh 14 Nov iaitu hari kelahiranku... huhuhu... well, seronok la gak... tapi sedih la, pi bangsar nak cari kek utk member-member, tapi takde kedai yang bukak... (thanks bob)... tapi, kak nining n friends belikan kek and sambut gak kat 6th...

Well, utk tahun ni, aku kurang menerima ucapan hari lahir... huhuhu... semua orang terlupa kot... anyway, trimas gak kepada yang wish whether kat sms ataupun f'ster...

Birthday_21_034_1 harapan aku tahun ini, agar aku lebih gembira dari tahun-tahun sudah... hidup semakin matang, dan Alhamdulillah aku bersyukur dengan kematangan yang Tuhan kurniakan dalam hidup ini... kerana kulihat banyak keputusan yang kuambil semuanya memberi manfaat... menunjukkan aku masih punya pertimbangan yang matang dan rasional....

Di akhir semester satu 06/07...

Sekian lama tidak menaip di blog kerana gangguan internet, saya kembali dengan sedikit coretan... well, this year's Ramadhan seems a little bit nostalgic, maybe because there were so many things happened during last Ramadhan... whereby I'd involved in an accident, and also the terrible mistake that I've made which give a big impact to me especially during this Ramadhan...

P1010010 Yet, I bought myself a new handphone... My new gadget is the beautiful black Nokia 2610 which I bought at RM 335... I love you Baktun... huhuu... I also accompanied Maisarah to buy a new Olympus mju 710... and amir also have new handphone... and Alhamdulillah, i'm very glad and happy with my phone... so pasni InsyaAllah takde la masalah sangat nak call... because my 3100 buat problem jek before this...

After raya, final exam.... 7 paper kesemuanya... then ade 3 debat sepanjang cuti nanti; Debat Diraja, Debat Perpaduan, Debat IKIM.... moga UM terus gemilang mencipta kejayaan demi kejayaan....

Salam Idul Fitri kepada semua

"... engkau dan aku tidak setaraf..."

Mindset adalah sesuatu yg kita alami sepanjang masa. Kadangkala kita selalu ditegur untuk mengurangkan mindset terhadap seseorang sebelum kita mengenalinya, namun seringkali kita gagal dan terus membuat andaian demi andaian.

Perkara ini berlaku pada diri saya pada malam ini, di mana selama ini saya mempunyai satu mindset bahawa pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) mempunyai moral yang tinggi, malah saya cukup kagum dengan sekurang-kurangnya cara mereka berpakaian ke kuliah. Namun, pada malam ini, hati saya tersentak apabila berhadapan dengan seorang pelajar APIUM yang saya kira amat dikesali. Saya tidak mahu mencemarkan blog saya dengan huraian lebih lanjut, dan walaupun saya tidak sebaik mana, tidak pernah terpacul di mulut saya "... usah berbicara denganku, kerana engkau dan aku tidak setaraf...". Kerana kata-kata itulah yang saya peroleh dari seorang pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Sedikit sebanyak, pandangan saya berubah terhadap individu tersebut yang mungkin akan terus saya kecam sampai bila-bila. Dan di akhirnya, saya semakin sedar akan hakikat setiap individu adalah berbeza.