Blog baru

Sekian lama, ingin sekali keluar dari kepompong blog friendster yang terhad ini...
Maka, lawatlah blog saya yang terbaru.

http://aliasyraf.wordpress.com/

Untitled4

                            

Graffiti. Kena atau tidak pada tempatnya?

Kebanyakan pengguna LRT Rapid KL Aliran Kelana (saya lebih suka memanggilnya PUTRAline), pasti pernah melalui stesen Pasar Seni, antara stesen paling sibuk di rangkaian pengangkutan awam tidak berpemandu ini. Apa yang menarik perhatian saya ialah lukisan graffiti yang terdapat di dinding sungai Klang, betul-betul berhadapan dengan stesen ini.

Grafiti1

Grafiti2

Hasil lukisannya sangat menarik. Ada not RM50, ayat merintih pada Tuhan, Optimus Prime dan Transformers dsb. Tidak dinafikan, manusia-manusia yang menghasilkan graffiti ini sangat kreatif dan bakatnya boleh dikembangkan.

Permasalahannya, adakah ia kena pada tempatnya? Walaupun graffiti yang dihasilkan cantik, saya masih lagi merasakan bahawa ia telah mencacatkan pemandangan ibukota Kuala Lumpur. Mengapa saya berkata demikian? Kerana lukisan tersebut yang tidak ada tema atau keseragaman, jelas-jelas mencerminkan bahawa graffiti tersebut merupakan hasil vandalisma oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.

Apa salahnya jika DBKL mengambil langkah bijak, memastikan kekreatifan manusia-manusia ini tidak disia-siakan. Ambil contoh seperti di Penjara Pudu, membuat mural di dinding penjara. Namun kali ini, membuat graffiti di tebing sungai agar lebih indah dan cantik.

Walaupun saya katakan ia merupakan suatu vandalisma, ia tetap menarik. Haha!

Debat Perpaduan : The moral of the story...

Setelah tamat edisi Debat Diraja 2007, terus memulakan latihan untuk Debat Perpaduan dan Integrasi Nasional 2007 yang diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan.

Unity Saya berpeluang mengemudi pasukan, diletakkan bersama-sama orang pendebat muda iaitu Mohd Shahid (asasi), Shen Yee Aun (tahun 1) dan Luqman Hakim (tahun 1). Terima kasih kepada konsultan terhormat UM, En Azizul Hakim atas kepercayaan mengemudi pasukan muda yang saya kira jarang dilakukan oleh mana-mana pendebat tahun ke-4 seperti saya.

Atas kepercayaan tersebut, harapan saya cukup besar; menjengah ke pentas final. Namun, saya harus akur dengan takdir dan kesilapan diri sendiri kerana gagal ke pentas perdana, sekadar menamatkan perjuangan di pusingan separuh akhir.

Pengajaran paling berharga yang saya peroleh ialah sesungguhnya usaha sesama ahli (teamwork) adalah asas kepada kejayaan sesuatu pasukan. Pasukan perlu seimbang, ada sefahaman dan elakkan permasalahan.

Teguran untuk mana-mana pendebat, baik UM mahupun universiti lain, setiap kemenangan perlu dilihat sebagai kejayaan bersama, walaupun anda acapkali diiktiraf sebagai pendebat terbaik perlawanan. Kekalahan pula dinilai sebagai kesilapan bersama yang harus dimuhasabah agar pengajarannya dapat dicontohi oleh orang lain. Ingat! Orang yang pandai ialah orang yang belajar daripada kesilapan, dan orang yang bijak pandai ialah orang yang belajar daripada kesilapan orang lain.

Juga buat adik-adik juniorku yang baru menapak di arena perdebatan, ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Sesungguhnya, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Sekalung tahniah buat kalian atas usaha bersama kita, meletakkan pasukan kita di tangga teratas liga, membawa pasukan ke separuh akhir dan meletakkan diri sebaris dengan pendebat lebih berpengalaman merupakan kejayaan buat kalian.

Buat pendebat muda IPT (terutamanya UM), banyakkan belajar dari pengalaman. Jangan takut untuk kalah, jangan ghairah untuk menang, kerana kekalahan menguatkan dan kemenangan bisa melemahkan. Allah itu Maha Adil. Rezekinya luas dan berpadanan dengan usaha kita, InsyaAllah.

Buat yang bertanggungjawab, pikul dan galas amanah anda sebaik mungkin. Jangan dibuat sambil lewa, pabila gagal menuding jari dan melepaskan diri. Ingat bahawa segala amanah yang anda pikul akan dipersoal kelak, baik oleh Tuhan mahupun sesama manusia.

Buat rakan, kawan, juga sahabat, kelmarin yang luput manjadi kenangan, semalam yang hilang menjadi suatu memori dan pengalaman, yang ada cuma hari ini, kerana esok belum pasti milik kita, sedangkan satu minit berlalu akan pergi buat selamanya. Perjuangan bersamamu akan terpahat seumur hidup, biar perit jerih dan manisnya bercambur-baur, kerana itulah yang menjadi rencah kehidupan.

Buat kesemuanya, marilah sama-sama kita memupuk semangat perdebatan yang tinggi. Buangkan sengketa, elakkan hasad, semaikan persaingan sihat dan kerjasama antara satu dengan lain harus dipertingkat, demi memastikan arena perdebatan IPT terus gemilang.

Definisikanlah kesilapan sebagai pengalaman, ia akan mengajar kita...

Merajuk

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengendahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk? Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja, tidak kira lelaki atau perempuan, tidak kira tua atau pun muda, orang yang besar atau pun kecil, anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai ‘tuan’, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan.

Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah? Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada orang yang marah-marah. Dia sebenarnya sudah tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Maka untuk mengubatinya, kita perlulah tanamkan sifat-sifat kehambaan. Sifat ini ialah merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun tidak. Kalau kita membantah sama ada dengan cara marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja marah atau merajuk kepada orang yang “menyakiti hati” kita itu, tetapi kita juga sebenarnya menentang takdir Tuhan ke atas diri kita. Kalau Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita, tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan perkara itu berlaku.

Sifat kehambaan juga ialah merasakan yang kita ini hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita pun tidak layak untuk dimuliakan.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula...


Wallahu a'lam........

 

 

Angkasawan Malaysia

Banyak respons yang saya baca tentang program angkasawan malaysia baru-baru ini. Dengan menaiki Soyuz TMA-11 dan kembali ke bumi menaiki Soyuz TMA-10, Alhamdulillah Dr Sheikh Muszaphar Syukor telah berjaya menjadikan misi tersebut suatu kenyataan.

Soyuz_tma11_patch Sejarah ini juga mencatatkan bermulanya era baru dalam penerokaan angkasa lepas bagi sebuah negara kerdil dalam bidang ini seperti Malaysia. Terima kasih daun keladi diucapkan kepada Roskosmos dan NASA atas kerjasama dan bantuan yang diberikan kepada kedua-dua Dr Sheikh Muszaphar dan Kapt Dr Faiz, dan juga siaran langsung oleh NASA yang dipetik oleh Malaysia terutamanya di saluran 588 Astro. Juga syabas kepada Malenchenko dan Whitson kerana berjaya mengemudi Soyuz TMA-11 dan menjadi komander ISS wanita pertama, kerana anda sebahagian sejarah perkembangan Sains & Teknologi di Malaysia.

Namun begitu, bukan itu yang saya ingin utarakan. Setelah membaca blog khairulnizambakeri berkenaan Angkasawan Malaysia Bodoh oleh Backman, sedikit demi sedikit saya berasa sangat dukacita.

Dr_sms Benar kata Khairulnizam, banyak yang perlu kita pertimbangkan. Namun, saya sebagai bakal guru di masa akan datang lebih melihat program angkasawan ini bukannya suatu anjakan besar untuk Teknologi negara, bukan juga politik untuk menaikkan nama negara semata-mata, tetapi menjadi Inspirasi kepada masyarakat Malaysia, itu saya kira yang paling penting.

Soyuz Harakah juga turut berkata, kita bazirkan duit semata-mata untuk menguji yoyo dan gasing. Perlu diingat, eksperimen yoyo dan gasing dibuat, kemudian dipancarkan secara langsung di hadapan sekumpulan pelajar di Pusat Sains Negara. Untuk apa melainkan menarik minat pelajar terhadap sains. Malah, ada juga yang kata kita tidak perlu menghantar angkasawan kerana teknologi kita masih tidak mampu menghantar roket. Persoalannya, adakah kerana kita tidak mampu membina roket, kita tidak perlu menghantar angkasawan atau melancarkan satelit? (memetik kata-kata Datuk Dr Mazlan Othman)

Exp16 Memang tidak dinafikan, belanjanya cukup besar, iaitu hampir RM 100 juta. Perlu diingat, faedahnya juga besar. Sebagaimana yang saya katakan, program ini memberikan semangat dan suatu anjakan kepada masyarakat. Rata-rata rakyat Malaysia kini mula sedar tentang kewujudan ISS, malah ada yang sudahpun memahami tentang kapal angkasa Soyuz TMA itu sendiri. Bagus bukan? Inilah yang saya katakan, memberi inspirasi dan semangat.

Biarlah seluruh warga politik tanahair, khususnya di Harakah (maafkan saya kalau ada yang tidak bersetuju) asyik-asyik mengatakan tentang keburukan program ini, dengan merujuk kepada pembaziran semata-mata. Kerana itulah, golongan yang diberi peluang untuk berbicara dalam tempoh singkat sepuluh minit tatkala ISS melintasi Malaysia di orbit 16 ialah sekumpulan pelajar sekolah rendah, bukannya Azamin Amin (penulis artikel di Harakah) mahupun Backman sendiri.

Smsdiiss Di akhirnya, jangan burukkan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar dan Agensi Angkasa Lepas Malaysia. Ingatlah, kejayaan pelancaran satelit Sputnik 1 dahulu bukan sekadar kejayaan penerokaan teknologi satelit, tetapi jauh daripada itu, menjadi titik permulaan kepada pendidikan Sains di seluruh dunia terutamanya di Soviet dan Amerika Syarikat. Mungkin, kejayaan program angkasawan ini juga sebagai suatu permulaan kepada era baru Sains dan Teknologi negara tercinta.

PRK semakin hampir, kita semakin terpinggir

Tahun ini masuk tahun ke-4 pengajian saya di Universiti Malaya dan kali ke-4 jugalah saya melalui pilihanraya kampus (PRK).

Adakah melampau untuk saya katakan bahawa perbalahan politik dalam PRK telah menyebabkan kita terbahagi and akhirnya terus terpinggir? Saya rasakan tidak. Saya sedih melihatkan orang lain boleh bekerjasama untuk kebaikan bersama. Namun, perbalahan sesama sendiri ini saya lihat merugikan kita.

Ambil contoh dua pihak di Universiti Malaya (yang terang-terangan melanggar undang-undang PRK) iaitu Aspirasi dan Pro-Mahasiswa (a.k.a Gagasan). Acapkali kita dengar, perpecahan sesuatu bangsa akan meruntuhkan  bangsa itu sendiri. Namun, hakikatnya perit untuk diterima. Aspirasi dan Pro-Mahasiswa adalah kumpulan dominan Melayu. Dua kumpulan ini mempunyai titik persamaan yang begitu jelas; Islam dan Melayu.

Persoalannya, apakah titik persamaan ini tidak boleh dibentuk untuk menyatukan Islam dan Melayu demi kebaikan bersama? Adakah wajar meletakkan perbezaan pendapat, fahaman dsb sebagai suatu sempadan untuk membentuk perpaduan di kalangan kita?

Saya kira, sudah tiba masanya, undang-undang PRK ditegakkan oleh semua pihak; tiada calon bertanding atas nama kumpulan tertentu. Sudah tiba masanya juga untuk kita bergabung atau sekurang-kurangnya mempunyai kerjasama dan penyatuan yang kuat demi kebaikan semua.

Debat dan AUKU

Saya baru kembali dari kelas Sosiologi kelolaan Dr Norani. Istilah kelolaan di sini menggambarkan keadaan kelas tersebut yang tidak berpusatkan guru/pensyarah, sebaliknya telah diadakan aktiviti ala-ala forum ilmiah untuk mengupas beberapa topik hasil kajian pelajar.

Beberapa minggu yang lepas, seorang pelajar dari kelas tersebut telah bersuara mengatakan AUKU perlu dihapuskan kerana menyebabkan mahasiswa tidak dpt menyuarakan idea. Apa yang terlintas di fikiran saya ialah saya bersyukur dapat menyertai pertandingan debat inter-varsiti.

Jauh bukan? Dari AUKU, saya terus berfikir tentang debat.

Cerita begini. Dalam pertandingan debat inter-varsiti, pelbagai topik dan perkara telah dibahaskan secara ilmiah saya kira. Dari isu sosial dan politik seperti rasuah, blogging, kebebasan media, birokrasi dan sebagainya sehingga kepada isu agama seperti pengwujudan jawatan peguam syarie negara, semuanya dibincangkan dengan teliti, adil dan rasional.

Kesimpulan mudah dari akal saya yang tidak setinggi mana, mereka (yang mahu AUKU dihapuskan) hanya memikirkan menyampaikan idea dengan membuat kenyataan akhbar, memorandum dan demonstrasi. Perlu diingat, tindakan tersebut adalah provokatif dan sukar dikawal. Kenyataan akhbar dan demonstrasi misalnya, boleh menyebabkan timbul sentimen dan ketidakstabilan.

Tetapi tidak dalam debat. Peranan speaker untuk mengawal keadaan dan garis panduan tertentu membuatkan debat merupakan arena terbaik untuk bersuara dan menyampaikan debat.

Akan timbul satu perkara baru. Ramai akan mengatakan Debat itu akan melalaikan dan merosakkan sesuatu bangsa. Saya kita, kegagalan pemahaman membuatkan kita berfikiran cetek sebegitu. Debat yang merosakkan masyarakat ialah debat akan perkara remeh-temeh, tidak berpenghujung dan tiada kebaikan kepada masyarakat. Namun, pertandingan debat inter-varsiti tidak sebegitu.

Apalagi, marilah memeriahkan dunia perdebatan (yang sihat)!

Angkasawan Malaysia

Baru-baru ini (3/9/07), kerajaan telah mengumumkan kepada sekalian rakyat bahawa sesungguhnya angkasawan pertama akan diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri.

Sebagaimana biasa, saya bersiar-siar di internet untuk memenuhi masa lapang, lantas menemui beberapa artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Bukannya berniat untuk membuat spekulasi, tetapi agak menarik untuk membuat smart guess tentang siapa yang akan mewakili Malaysia.

Satu artikel dari NASA telah menyebut bahawa pada Oktober nanti, sebahagian peserta Expedition 16 ke Stesen Angkasalepas Antarabangsa (ISS) akan menaiki Soyuz dan berlepas dari Kazakhstan yang mana antara pesertanya ialah Sheikh Muszaphar Shukor dari Malaysia. Maknanya, jikalau artikel ini sahih (kalau tidak sahih, tidaklah ia dipresskan oleh NASA), Dr Sheikh Muszaphar akan menjadi angkasawan pertama Malaysia.

Sozuztma11crew Bukan sekadar itu sahaja, saya juga telah menemui gambar penumpang Soyuz TMA-11 juga di laman web NASA, yang mana gambar tersebut jelas menunjukkan tiga penumpang termasuklah Dr Sheikh Muszaphar. Sekadar makluman, dua lagi penumpang tersebut ialah Yuri Malenchenko (dari Rusia) dan Peggy Whitson (dari AS, merupakan komander penerbangan angkasa wanita pertama). Walaupun artikel ini bukanlah suatu kenyataan, namun artikel ini dibuat berdasarkan satu conference yang diadakan di NASA.

Maka, saya ingin membuat suatu tekaan, bahawa Dr Sheikh Muszaphar akan pergi ke angkasa lepas, manakala Kapten Dr Faiz Khaleed akan menjadi back-up.

Apa pilihan anda? Apa-apapun, moga bidang Fizik terus berkembang...

Idealis

Saya ternampak satu poster (poster ke?) yang ditampal (pastinya tanpa kebenaran) di perhentian bas di hadapan perpustakaan utama UM.

Jelas kelompok yang memperkenalkan diri mereka sebagai weloveum ini telah memulakan kempen risalah pilihanraya kampus (PRK) lebih awal lagi. Belum pun terdengar bilakah pilihanraya ingin diadakan, tindakan awal baik pihak-pihak berkenaan telahpun bermula. Saya sendiri, sering melawat laman web Harakah dan Idealis Mahasiswa di mana perang PRK tidak pernah berkesudahan.

Saya juga sempat berbual-bual dengan rakan-rakan tentang PRK dan rata-rata mempunyai pendapat dan pilihan masing-masing, baik Aspirasi, Gagasan dan sebagainya. Tidak sekadar berbual-bual, ramai mengecam diri saya kerana mereka melihat diri saya sebagai golongan yang tidak berpendirian. Saya tekankan di sini bahawa, pendirian saya adalah dengan mereka yang mempunyai idea saranan yang baik serta keinginan yang kuat untuk mengadakan sesuatu (rujuk kamus dewan).

Kembali kepada kenyataan asal saya tentang poster yang saya jumpa di perhentian bas tersebut, jelas-jelas mereka merupakan golongan yang melaung-laungkan hak mereka sebagai mahasiswa yang mendokong demokrasi, namun gagal memahami perjuangan mereka yang sebenar. Sebagai contoh paling mudah, kedangkalan mereka memilih moto perjuangan sendiri menunjukkan mereka bukanlah golongan yang berfikir panjang, namun asalkan moto sedap dilaungkan, itulah yang dipilih.

Apakah moto mereka? Hidup mahasiswa beridealisme! Lebih kurang begitulah propaganda yang dicetak. Mungkin pada pandangan akal mereka, Idealisme membawa pengertian mempunyai idea yang baik untuk disarankan (merujuk kepada istilah Gagasan yang membawa maksud yang sama). Namun, hakikat yang sebenar merujuk kepada pengertian Idealisme berdasarkan kamus dewan adalah :

idealisme 1. sifat (sikap atau perbuatan) melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal, sifat (sikap, cita-cita, dsb) menghasratkan yg unggul (yg sempurna) 2. hasrat atau cita-cita yg unggul tetapi tidak realistik (tidak berkemungkinan tercapai atau menjadi kenyataan), hasrat atau cita-cita yg lebih merupakan impian 3. aliran (penulisan, seni) yg bersifat impian atau khayalan (dgn memaparkan keunggulan, kesempurnaan, keindahan, dsb) yg berlainan sama sekali drpd kenyataan

Maka sahabat-sahabat sekalian, bersedia untuk memilih?

Kantin dan Bendera

Masih ada sedikit masa sebelum bertolak ke UNIMAP...

Saya suka membaca blog saudara Nizam dari UiTM, antaranya termasuklah isu berkenaan program susu sekolah. hmm... tidak banyak yang saya boleh katakan kerana semua maklum tentang perkara tersebut.

Kantin_1 Namun, seperkara yang menarik perhatian saya ialah bukannya isu susu tersebut, namun isu yang tidak pernah digembar-gemburkan oleh semua pihak; Kantin Sekolah. Saya kira, semua mempunyai pengalaman yang sama. Makan mee hoon yang hanya mempunyai seurat dua tauge, nasi goreng yang hanya berwarna tetapi tidak berperisa, mahupun air oren yang diperbuat dpd kordial double lion. Menurut pensyarah saya (Dr Suseela), keadaan ini jauh lebih buruk berbanding di luar negara. Mengambil contoh di AS, makanan yang disediakan jauh lebih berkualiti. Ya, memang tidak dinafikan bahawa harga akan menjadi sedikit mahal, tetapi berbaloi dengan zat-zat yang diperoleh. Kantin sekolah di Malaysia? hmm.. nutrien yang ada barangkali cuma MSG dan pewarna minuman. Mana zat yang diperlukan oleh kanak-kanak? Hatta bilangan karbohidrat kompleks pun gagal dipenuhi. Akhirnya, organ dalaman pelajar sekolah juga yang terawet oleh perisa dan pewarna ini.

Bendera Sambutan 50 tahun kemerdekaan semakin hampir. Antara lain, tinggal sejam sahaja lagi sebelum saya berangkat ke UNIMAP Perlis untuk menyertai Debat Kemerdekaan 2007. Seperkara yang ingin saya sentuh ialah keadaan bendera yang digantung di lobi Kolej Kediaman ke-10 UM. Sekali imbas, tidak nampak apa-apa yang pelik. Namun, sedarkah bahawa logo UM telah sesuka hati diubahsuai (oleh siapa? Wallahu 'aklam). Kelakar bukan bendera yang mempunyai logo UM tersebut, tanpa perisai, yang tinggal hanya beberapa garis, beberapa ekor harimau dan sekuntum bunga raya. Apa rasional bendera tersebut dibikin sebegitu rupa? Sangat pelik bukan?

Masa tinggal sedikit... berkemas sekarang..

Pemandangan baru di UM

dari USIM setelah selesai Debat Alam Sekitar, terdapat satu pembaharuan yang dilakukan... menarik dan menyakitkan mata... huhu... apalagi kalau bukan pemasangan batang-batang plastik penghalang jalan (yang saya sendiri tidak tahu apa namanya)... persoalannya, apa praktikalnya memasang benda tersebut?... keselamatan?... perhiasan?... pelaksanaan RMK-9?... hmm... musykil gak...

Image012_1

Image000_1
Image004

Image003_1

Jauh di sudut hatiku...

Sedar tak sedar, dah dua hari semester baru bermula... well, banyak jugak benda yang berlaku time cuti sehingga membuatkan saya merasakan sem baru ini mempunyai atmosphere yang berlainan dengan sem sem lepas...

Izinkan saya memulakan blog baru sem ini dengan luahan dari hati kecil saya sebagai seorang pendebat yang masih merangkak-rangkak untuk menjadi seorang pendebat yang baik... jauh di sudut hati, memang sedih melihat dunia perdebatan sekarang ini... penuh dengan kekotoran di sana-sini... saya selalu berharap agar dunia perdebat intervarsiti di Malaysia ini suci, bersih... tiada iri hati, tiada sifat hasad dengki, tiada talam dua muka... namun, semakin lama saya menyertainya, semakin banyak titik-titik hitan yang saya temui... musuh yang nyata usah dikata, sentiasa ambil peluang untuk menjatuhkan kita... musuh dalam selimut apatah lagi, lebih berbahaya dan boleh menikam kita...

Boleh saya katakan, hanya segelintir sahaja berkawan dengan sebetul keikhlasan semasa musim pertandingan debat... mereka benar-benar berhati mulia, tidak ada niat tersembunyi dan berniat suci untuk berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat... yang lain, hanyalah mengambil kesempatan semata-mata... bertegur-sapa dengan saya, namun tidaklah seikhlas mana...

Bukan niat saya untuk prejudis... tetapi keadaan sekeliling membuatkan saya membuat kesimpulan begitu... sukarkah kita untuk menjadi baik? sukarkah untuk kikis perasaan dengki dan iri hati?... kerana perkara ini semua membuatkan kita semakin jauh, bukannya semakin rapat...

Kiranya apa yang saya tulis ini adalah renungan buat diri saya sendiri dan semua... Saya harap, selepas ini, dunia perdebatan akan menjadi lebih ceria dengan hilai tawa dan perbualan yang lebih ikhlas... Saya tidak mahu melihat pendebat junior terasa diri mereka terasing... Saya tidak mahu melihat pendebat senior membangga-banggakan diri seolah-olah mereka tiada satu kesalahan... Saya tidak mahu umpatan menjadi zikir harian pendebat... Saya tidak mahu universiti dibanding-bezakan... Yang saya mahu, saya ingin berkawan dengan semua... Saya mahu semua orang berkawan dengan niat yang suci dan murni...

Di akhirnya, saya menyimpan impian agar tiada lagi pihak berbangga diri di laman web sendiri... saya ingin melihat kata-kata murni lahir dari pendebat universiti... saya berdoa agar semuanya menuju ke arah yang lebih baik... agar mimpi yang saya inginkan ini menjadi realiti...

Yin lagi, dan Kutub Utara

Setelah direman selama empat hari, akhirnya pasangan Myanmar yang dituduh mengeksploitasi Yin telah dibebaskan. Beberapa keraguan telah terjawab, antara lain ialah tentang persoalan kepala Yin dibotakkan, klinik tempat Yin mendapat ubat demam campak, dan ujian DNA mengesahkan lima kanak-kanak yang dijaga oleh pasangan ini memang sah anak kandung mereka, dan mempunyai kad daripada Suruhanjaya Tinggi PBB Untuk Pelarian (UNCHR). Saya tidak pasti apakah hasil siasatan selepas ini, siapa tahu dakwaan mengurung dan menculik akan tetap dikenakan, lebih-lebih lagi dalam bahang pilihanraya kecil di Ijok.

Seperkara lain ialah berkenaan dengan ekspedisi terjunan di kutub utara oleh Putera UMNO yang cuba digembar-gemburkan, namun tenggelam timbul dek penangan isu serangan peribadi terhadap TPM, isu program susu sekolah yang basi dan sebagainya. Apa yang saya lihat melalui usaha ini (terjunan di kutub utara) secara keseluruhannya begini. Apabila Putera UMNO menzahirkan idea ini lantas merealisasikannya, apakah matlamat utama mereka? Tidak lain, kononnya meningkatkan semangat patriotisme belia Malaysia agar berbangga dengan pencapaian tersebut. Pun begitu, berapa ramai kalangan kita yang meningkat semangat patrotisme apabila membaca akhbar tersebut? Jika ya, baguslah. Namun jika tidak, usaha 'syok sendiri' putera UMNO ini adalah suatu pembaziran. Secara logiknya, saya kira kos yang dilaksanakan bukannya seringgit dua. Ini baru satu program. Belum termasuk Syarifah Mazlina, Azhar Mansor dan sebagainya.

(teringat kolej pernah menghantar delegasi kebudayaan ke Indonesia)

Yin

Yin Isu yang memenuhi dada akhbar hari ini ialah tentang kehilangan Yin... huhu... sangat hebat sehinggakan berita Indeks Komposit yang menggembirakan pun tenggelam dek kerana isu kehilangan yang membawa kepada penglibatan polis dan parti politik ini..

apa yang dapat saya gali dan simpulkan, begini...

mungkin ada antara kita terlepas pandang yang bapa kepada Yin ini memang cuai... pernah disebut dalam media bahawa beliau sering hilang dompet, hilang motosikal, hilang handphone... dan akhirnya Allah uji beliau kehilangan anaknya... malah, ini kali ketiga beliau kehilangan Yin, nasib sebelum ini agak baik kerana dijumpai semula... maka kelam-kabutlah beliau meminta pertolongan rakyat malaysia untuk mencari anaknya...

Kemudian, disyakilah pula pasangan Myanmar yang memulangkan anaknya telah memaksa anaknya mengemis... apa yang menghairankan saya ialah begini... disebut oleh kedua-dua ibu bapanya bahawa Yin merupakan seorang kanak-kanak hiperaktif... maka, setelah menyelidiki artikel tentang hiperaktif, maka saya mendapati bahawa kanak-kanak hiperaktif sukar mengikut arahan dan mudah bosan dengan suatu perkara... maka, adakah logik Yin mengikut arahan pasangan Myanmar untuk mengemis?...

dan yang hebatnya ialah pasangan Myanmar ini... kerana jika benar dakwaan tersebut, maka terbukti kemahiran keibubapaan pasangan Myanmar ini... kenapa?... Yin bukan anak kandung mereka... sudahlah hiperaktif, mampu pula dipaksa mengemis... manakala ibu bapa mereka?... bawa anak pergi membeli-belah, ibu bapa sibuk membeli, anak mereka 'blah' pun tidak disedari...

belum dikira tentang persoalan ganjaran... seharusnya, jika benar hendak mendakwa pasangan Myanmar tersebut, ganjaran yang dijanjikan perlu diberikan terlebih dahulu... ini sudah jelas mencerminkan sikap pasangan ibubapa Yin yang hipokrit dan munafiq... sekurang-kurangnya, jika pasangan Myanmar itu dipenjarakan, 5 orang anak-anak mereka mempunyai beras untuk disuap, air untuk diminum, baju untuk dipakai...

namun, bukan niat saya untuk menyalahkan ibubapa Yin... apa yang saya ragukan ini tidak pernah ditimbulkan oleh media, maka saya berniat untuk mencambahkan benih agar ia berkembang sempurna menjadi buah fikiran yang terbuka...  ini semua harus dijadikan iktibar kepada semua...

SPM, TMM, Badminton dan AD

< Sekian lama tidak mencoretkan sesuatu dalam blog ini, akhirnya ada juga kesempatan untuk meluangkan masa dan mencurahkan idea....

Sejak akhir-akhir ini, banyak peristiwa yang berlaku sekitar kita... sedar tidak sedar, junior tingkatan 1 semasa saya tingkatan 5 di sekolah dahulu, sudahpun memperolej keputusan SPM masing-masing... tahiah diucapkan dan selamat datang ke dunia baru yang lebih mencabar... cuma sedikit pendapat ingin dikongsi bersama... tentang kegilaan baru masyarakat Malaysia... iaitu, mengambil seberapa banyak matapelajaran yang boleh... niatnya, bukannya untuk menimba ilmu, tetapi untuk memecahkan rekod... maka rosaklah tradisi pencarian ilmu yang suci... hinggakan ada juga yang sanggup menipu; mendakwa memperoleh 24A1, hanya untuk memperoleh publisiti.... tidak cukup dengan itu, setelah Amalina menjadi duta untuk SKOR, Nadiah Amirah pula menjadi duta akademik untuk akhbar Utusan... itulah dia, selebriti kita dalam dunia pendidikan...

beberapa minggu lepas, saya berkesempatan bercuti di Pulau Pangkor... saya kira, P.Pangkor adalah satu tempat yang menyeronokkan... pantai indah, infrastruktur mencukup, pengangkutan banyak, harga makanan pun mahal (hahaha).... ya, memang Malaysia sudah bersedia untuk menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2007... kerana pemerhatian saya di Pulau Pangkor, pemandu teksi cukup peramah sehinggakan bapa saya sanggup membayar harga tambang yang lebih daripada yang sepatutnya atas keramahannya... juga saya lihat pengusaha pelancongan tempatan yang rata-ratanya merupakan masyarakat melayu begitu pandai berkomunikasi dengan pelancong, baik pelancong tempatan, juga tidak kekok berbahasa Inggeris dengan pelacong luar...

saya juga tertarik dengan seorang beregu badminton Malaysia yang kini digelar Beregu Sensasi oleh semua akhbar tempatan... Tahniah diucapkan kepada Koo Kien Kiat - Tan Boon Heong... moga-moga memperoleh kejayaan cemerlang di masa akan datang... namun, pujian harus ada hadnya... jangan kini di pusingan akhir nama dijulang, selepas ini di pusingan akhir hanya menonton di tepi gelanggang

saya juga baru sahaja selesai membaca beberapa entry di www.akademidebat.com berkenaan yuran debat antara sekolah UIA... well, terima kasih kepada yang berkenaan di akademidebat.com tersebut atas keprihatinan anda... pun begitu, saya melihat beberapa tulisan di laman web tersebut berbaur emosi dan sentimen... dan saranan saya, kepada pembaca dan pelayar internet, jangan sekadar membaca dan menganalisa dari satu pihak sahaja, kelak perbandingan yang dibuat berkecenderungan untuk menjadi tidak adil... dan saranan saya untuk penganjur, buatlah sesuatu untuk menerangkan kepada seluruh dunia tentang rasional anda mengenakan bayaran sebegitu tinggi...

Cubalah berfikir....

Sultan Johor, jujur dan kecewa. Perlukah kuasa mutlak diberi semula?

Tidak pernah dalam sejarah negara seorang sultan mempersoalkan secara terbuka pemberian nama sesebuah projek pembangunan atas namanya. Namun kini Tuanku Sultan Johor secara terbuka mempersoalkan penggunaan nama beliau dalam projek Pembangunan Johor Selatan.

Jika pihak yang berkenaan terlebih dahulu menghantar surat memohon menggunakan nama tuanku Sultan Iskandar sebagai nama kepada projek pembangunan Johor Selatan tersebut tentulah tidak timbul isu ini. Tentulah tuanku sultan tidak mempersoalkannya dalam ucapan perasmian beliau.

Penggunaan nama seseorang yang masih hidup perlulah meminta kebenaran yang empunya diri. Apatah lagi bila membabitkan seorang sultan sebuah negeri, maka surat memohon perkenan haruslah dihantar terlebih dahulu. Malah lebih afdal YAB Perdana Menteri mengadap duli tuanku mohon perkenan terhadap idea tersebut.

Hari ini Tuanku Sultan Johor meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Baginda juga secara terbuka menegaskan bahawa Tambak Johor sudah tidak relevan kepada negeri Johor. Ini sekaligus menolak hujah awal kerajaan dahulu bahawa rakyat Johor menolak jambatan menggantikan tambak Johor.

Pun begitu, tuanku juga menyatakan kekecewaan beliau atas sikap mantan PM kita iaitu Tun Dr Mahathir yang terlalu 'menyerang' peribadi Pak Lah sehingga boleh mencetuskan isu (terutama sekali apabila isu ini disiarkan dan dipanaskan oleh media).

Tuanku Sultan Johor juga sudah tentu akan kecewa jika dimaklumkan bahawa syarikat pertama yang mendapat peluang dalam Pembangunan Ekonomi Johor Selatan (yang ditukar nama kepada Kawasan Pembangunan Iskandar) ialah syarikat Parkway dari Singapura.
Tentulah tuanku Sultan akan tertanya-tanya mengapakah pembangunan Pelancongan Kesihatan (Health Tourism) diberikan kepada Parkway sebuah syarikat Singapura - negara yang bersaing dengan Malaysia dalam industri ini. Tentulah Tuanku dan rakyat Johor akan tertanya-tanya apa fungsi konglomerat kesihatan Johor - KPJ sendiri?

Siapa yang hendak beri jawapan?

"... engkau dan aku tidak setaraf..."

Mindset adalah sesuatu yg kita alami sepanjang masa. Kadangkala kita selalu ditegur untuk mengurangkan mindset terhadap seseorang sebelum kita mengenalinya, namun seringkali kita gagal dan terus membuat andaian demi andaian.

Perkara ini berlaku pada diri saya pada malam ini, di mana selama ini saya mempunyai satu mindset bahawa pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) mempunyai moral yang tinggi, malah saya cukup kagum dengan sekurang-kurangnya cara mereka berpakaian ke kuliah. Namun, pada malam ini, hati saya tersentak apabila berhadapan dengan seorang pelajar APIUM yang saya kira amat dikesali. Saya tidak mahu mencemarkan blog saya dengan huraian lebih lanjut, dan walaupun saya tidak sebaik mana, tidak pernah terpacul di mulut saya "... usah berbicara denganku, kerana engkau dan aku tidak setaraf...". Kerana kata-kata itulah yang saya peroleh dari seorang pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Sedikit sebanyak, pandangan saya berubah terhadap individu tersebut yang mungkin akan terus saya kecam sampai bila-bila. Dan di akhirnya, saya semakin sedar akan hakikat setiap individu adalah berbeza.

Fi Syahri Ramadhan

bertemu kembali dengan ramadhan... bulan yang dikatakan membawa seribu rahmat... yang memang membawa rahmat pun...

beberapa hari sebelum anak bulan ramadhan terbit, seluruh UM digegarkan dengan kempen-kempen dan manifesto sempena pilihanraya kampus, dan sebagaimana yang telah saya tulis dalam entry sebelum ini, bagaimana pilihanraya kampus ini telah memecahbelahkan mahasiswa yang kononnya memperjuangkan penjuangan masing-masing... tahniah kepada yang memenangi kerusi MPP, harap dalam laksanakan tugas dengan baik...

namun, apa yang ingin saya nyatakan kali ini, ialah bagaimana ketibaan bulan ramadhan ini menyatupadukan kembali hubungan yang retak, mengeratkan semula hubungan yang rosak... ingin saya ambil contoh yang terdekat dengan diri saya sendiri, iaitu di Kolej Kediaman ke-10 yang tercinta ini... semasa pilihanraya, pihak yang berkelompok itu begitu tegar mempertahankan perjuangan masing-masing... namun, di bulan al-mubarak ini, semuanya beramai-ramai turun ke lobi, menunaikan solat fadhu berjemaah, mengangkat takbir yang dimulakan oleh imam, mengaminkan al-fatihah dan doa yang dibaca dan dimunajatkan kepada Tuhan.. alangkah indahnya pemandangan ini...

moga-moga diri ini dan semua diri-diri yang lain mendapat berkat...

Respons untuk pilihanraya kampus

Pada masa entry ini ditulis, kurang daripada 24 jam lagi pilihanraya kampus akan bermula... Sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam tulisan yang lalu, pertarungan hanyalah antara 2 kelompok, iaitu Inspirasi dan Wawasan (bukan nama sebenar)...

Lantas, apa yang boleh kita simpulkan ialah, bagaimana dengan rakusnya kita telah melacurkan budaya intelek kita sendiri, kita telah gadaikan prinsip integriti kita sendiri, kita telah benamkan rasa cinta yang tinggi atas perpaduan... lantas, dengan sewenang-wenangnya, perkara 1.2 pada notis Pilihanraya Majlis Perwakilan Mahasiswa dilanggar dan diabaikan oleh semua calon... adakah ini perwakilan-perwakilan yang ingin kita pilih?... belum dipilih, sudahpun melanggar peraturan (yang kadangkala dipandang sebelah mata oleh semua orang)...

Kemudiannya, kita bersikap kurang ajar, dengan membazirkan minyak petrol RON97 dengan cara membuat aktiviti meronda beramai-ramai disekeliling kampus... lantas pembaziran tenaga dan sumber telah berlaku (walaupun dengan lantangnya pihak ini bersuara tidak ingin menjadi kafir, namun membuktikan diri sebagai sahabat syaitan yang nyata dengan membazir)... kemudiannya bersorak-sorak di luar kolej, inginkan kebenaran memasuki pagar... sedangkan ramai lagi pelajar yang balik dr kelas ataupun dicussion tidak pun membuat adegan tidak bertamadun itu...

senario ini agak menarik untuk kita perhatikan dan alami... lantas, saya yang kebetulan berada di tempat kejadian melihat apa yang berlaku... pada awalnya, mmg seronok melihat gelagat manusia... tetapi setelah melihat situasi begitu, kekesalam dan kesedihan merentap jantung saya apabila melihat rakan saya di luar pagar... bukannya sedih melihat dia di pihak sana, tetapi sedih kerana kita semua bercakaran seperti ini...

di benak saya, terfikir... mengapa benda begini boleh terjadi?... kita berkelahi semata-mata untuk menegakkan keadilan dan demokrasi... namun, kita tegakkan keadilan dan hak dengan memecahbelahkan mahasiswa (terutamanya melayu) kepada dua golongan... kemudiannya, ada pihak ketiga yang dilabel atas pagar kerana tidak obvious untuk menyebelahi mana-mana pihak... dan harus diingat kepada pihak yang sering melabel penghuni kolej sebagai penyokong tertentu kerana ingin terus menetap di kolej, anda silap... seperti saya, saya tinggal di kolej atas dasar saya cintakan kolej... memang adakalanya ada rasa tidak berpuas hati dengan pentadbiran dan pimpinan kolej, tetapi ini tetap kolej saya.. sebagaimana Malaysia, walau kadangkala tidak bersetuju dengan dengan dasar kerajaan, tetapi Malaysia tetap negara yang saya cintai...

di akhirnya, saya ingin menyeru kepada semua, ingatlah bahawa amanah yang akan dipikul oleh bakal wakil anda adalah pemberian oleh pengundi... dan ingatlah bahawa di akhirat nanti, anda akan ditanya apakah rasional anda memilih wakil anda... maka dengan itu, buatlah pilihan dengan bijak dan adil... letakkan hak pada yang berhak, nafikan hak mereka yang dangkal dan berfikiran cetek...

Selamat mengundi kepada semua...

Mari Memlilih Perwakilan Kita

Sekitar tahun 2000, kepada sesiapa yang meminati sukan Formula 1... pada masa itu, hanya Ferrari dan Mclaren sahaja yang mendominasi kejuaraan... bak kata mat saleh "two-horse racing"... semakin lama, semakin bosan jadinya dengan kejuaraan F1.... lantas badan induk FIA membuat pelbagai usaha dan akhirnya perlumbaan F1 kini lebih berwarna-warni dengan lebih daripada dua pasukan handalan seperti Ferrari, Renault, Mclaren, Honda dan sebagainya... baru seronok menonton F1...

lain pula jadinya dengan pilihanraya kampus... kita canangkan bahawa calon-calon tidak mewakili kelopok, kumpulan atau pakatan tertentu... kita hebahkan yang mereka bertanding secara bebas... namun, kita dihidangkan dengan pilihanraya satu kelompok menentang satu pakatan... bagaikan Republikan dan Demokrat dan bertanding... sehinggakan SMM sendiri menyarankan agar pakatan-pakatan seperti ini dibenarkan... sehingga entry ini ditulis, saya masih belum melihat adanya pilihanraya seperti yang saya alami semasa saya di Kolej Matrikulasi dahulu; pilihanraya yang dibuat tanpa sebarang 'parti', tanpa sebarang perang dingin...

kesannya?... bagi saya, pilihanraya kampus tiada warna-warninya... tiada ungkapan 'the best man wins', yang ada cuma 'the best group wins'... sepertimana kita menonton kejuaraan F1 pada tahun 2000... dan yang menariknya, tiada siapa yang membuat usaha bersungguh-sungguh untuk kembalikan warna-warni ini (seperti yang dilakukan oleh FIA terhadap kejuaraan F1)...

saya sertakan di entry ini, seniakata lagu Bersatu oleh kumpulan Raihan untuk renungan bersama

 

Menjadi harapan
Untuk kumenyaksikan
Umat yang bertuah ini
Kembali bersatu hati

Buangkan yang jeruh
Ambillah yang jernih
Tiada yang lebih bermakna
Selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra

Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat
Asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat
Selamat dunia akhirat

selamat mengundi kepada semua...